Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, December 2, 2011

Tukar Line Telefon Dari line Celcom ke Maxis Prepaid

Sejak dari bulan September 2010 aku mula guna line. Ini kerana pada masa itu aku bekerja dengan syarikat Portland Arena Sdn Bhd dan hanya menggunakan bil sahaja akan boleh kelim. Tetapi aku hanya bertahan 3 bulan dengan syarikat itu. Dengan itu penggunaan telefon tidak terlalu kerap. Untuk talian Celcom, caj sewa line adalah RM50.00 sebulan. Setiap bulan aku menerima bil dari celcom. Jumlah bil adalah sekitar Rm70.00-Rm80.00. Dengan ini menunjukkan penggunaan sebenar adalah sekitar Rm20-Rm30 sahaja sebulan. Selebihnya adalah caj sewa line. Setelah lama sebegitu, aku rasa membazir dan aku bertekad untuk tukar kepada prepaid. Aku ke celcom centre, tetapi jawapannya ia tidak sediakan perkhidmatan tersebut. Aku sedikit buntu dan aku pergi ke kedai telefon untuk bertanya hal ini. Jawapannya pergi ke Maxis Centre dan tukar disitu. Tetapi penukarannya adalah kepada mais prepaid. Dari itu, barulah tukar kepada celcom prepaid.

Pada 29 Nov 2011 aku pergi ke Maxis Center untuk proses penukaran line tetapi malangnya pihak maxis mamaklumkan sebarang bil dari celcom mesti dijelaskan terlebih dahulu. Pada masa itu, aku ketiadaan wang untuk menjelaskannya. Pada 01 Dis 2011 aku pagi pagi lagi menjelaskan bil celcom dan pergi ke Maxis Centre. Alhamdulillah proses berjaan lancar. Sekarang ini aku menggunakan Maxis Prepaid. Caj untuk telefon adalah 35sen untuk minit pertama samaada penggunaannya hanya 1 saat.

No comments:

Post a Comment