Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, December 2, 2011

Try beras mahal-beras wangi siam

Semasa di kampung bersama keluarga beras yang biasa dibeli adalah beras yang paling murah. Ayah selalu beli beras yang murah-murah sekitar RM14.00-RM16.00 sekampit 10kg kerana itu sahaja kemampuan untuk dijamu sekirar 6-7 orang ahli keluarga. Semakin hari harga beras semakin meningkat. Walaubagaimanapun beras tetap juga dibeli kerana ianya adalah keperluan.
Kini aku telah bekerja, dengan duit yang ada aku juga teringin
mengecap dan mencuba beras dan nasi yang lebih mahal dan bermutu seperti orang-orang berduit biasa makan. Seperti nasi yang dimakan dikedai-kedai tertentu yang rasa dan baunya amat berbeza dengan nasi biasa. Yang lebih menambah selera setiap pelanggan. Dengan itu pada bulan 9 2011 aku mula membeli beras yang agak mahal sekitar RM30++, tetapi beras wangi tersebut tidak seperti yang diharapkan. Wanginya dan rasanya tidak banyak berbeza dengan beras biasa. Aku sedikit kecewa. Setelah dua bulan lebih berlalu, beras pun habis. Pada 29 November 2011 setelah mendapat gaji, ekali lagi aku tukar jenama beras wangi. Kali ini, Alhamdulillah rasanya ada perubahan. :)

Aku sekeluaarga hanya 3 orang. Selagi ada rezeki dan kemampuan, aku akan buat yang terbaik untuk aku dan keluarga. Rezeki hanya dari Allah. Yang utama adalah rezeki yang halal lagi baik.

No comments:

Post a Comment