Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, August 30, 2009

RAYA VS PUASA

Berapa hari dah kita puasa? Berapa ramadhan hari ini? saya rasa sudah tentu tertanya-tantya....terpinga-pinga. Kalau tanya pasal raya je, mesti semua sudah khatam. Belum tanya pasal cuti lagi tu. Semua dah tahu. Tiket dah prepare. Baju raya dah siap.

Bagaimanakah kalau syarikat mengatakan cuti 20 ramadhan dan naik kerja 3 syawal??
sudah tentu ramai yang tidak setuju kan....kalau orang yang beriman, mengejar fadhilat ramadhan, mengejar malam lailatul qadar. ianya adalah cukup sesuai. Kerana malam lailatul qadar adalah 1o hari sebelum raya. 10 malam terakhir ranadhan. Mengejar malam 1000 tahun pahala beribadat.

Iman Syafie memberi petua, hari kita mula berpuasa adalah hari terdapatnya lailatul qadar. Sabtu mula puasa, maka sabtulah malam lailatul qadar 12 september. iaitu malam ke 21. lain pula petua imam maliki dan lain- lain imam.

Kejarlah ibadat, keampunan, taubat pada bulan ramadhan. Jadilah ramadhan bulan permulaan dan sasaran kerja tahunan kita. Kerajaan kan ada SKT (sasaran Kerja Tahunan).

Assalamualaikum wbt.

Tuesday, August 11, 2009

Menjelang Puasa Dan Hari Raya

Yang paling aku menyampah bila hari raya dan puasa menjelma. Aku dapat rasakan kehidupan dan islam telah di pecahbelahkan. Pasal aurat!!!!!!Memang menyampah. Bila puasa je dan menjelang raya, artis-artis mula berpesta menyanyi, menyalak, bertepik dan melolong. Artis perempuan mendedahkan aurat, artis lelaki memakai sampin, songkok.Semata- fesyen. Agama diketepikan....artis2 apakah agama kamu?siapa tuhan kamu?

Wahai Nabi! Katakanlah bagi isteri-isterimu itu supaya mereka melabuhkan (sehingga menutupi ke atas mereka jilbab mereka) (surah al-Ahzab ayat 59) dan firman-Nya lagi yang bermaksud: Tutupilah tudung mereka atas lubang tengkuknya (An- Nur ayat 31).

Dimanakah sambutan dan kemuliaan ramadhan dan hari raya aidilfitri???
Adakah sambutannya dengan berpesta??

Siaran TV telah diatur dengan perkara yang melalaikan. Berapa % sahaja alquran,takbir, dan hal keagamaan yang di isikan dalam TV seharian. Pembukaan TV dan penutup TV adalah dengan alquran dan doa. Tapi ditengahnya adalah penuh kemaksiatan. Umpama dilahirkan dengan azan dan dikebumikan dengan doa.Kehidupan penuh dengan amalan kekafiran.
"Wahai Nabi! Katakanlah bagi isteri-isterimu itu supaya mereka melabuhkan (sehingga menutupi ke atas mereka jilbab mereka) (surah al-Ahzab ayat 59) dan firman-Nya lagi yang bermaksud: Tutupilah tudung mereka atas lubang tengkuknya (An- Nur ayat 31)"

Thursday, July 30, 2009

GUBRA+SEPET (PEMERGIAN PENGARAHNYA!!!!!)
Filem yang menyesatkan akidah islam...merosakkan pemikiran anak2 islam....
Mengelirukan.Menyesatkan.Memainkan agama. Siapa yang tiada islam didada, tiada iman didadanya. Maka ia tidak terfikir tentang fitnah, kerosakkan, kesesatan yang dibawa dalam filem tersebut. Jadi mainan pula islam ni.
Siapa yang dah tengok filem filem ni..lu pikir la sendiri. Mana nilai islam.
#Bilal boleh sentuh anjing
*pelacur boleh bantuan dari masjid+jiran tok bilal+singgah umah tok bilal dulu sebelum melacur
#Tunjuk nak beromen selepas solat
*Soal sek dibualkan secara terbuka
%Asal azan je..tunjuk adengan suami isteri dikatil.
$Couple boleh dengan lelaki cina
@Sentuh2, manja2, beromen dalam gelap......

INIKAH YANG DIBANGGAKAN,,BEKALAN AKHIRAT..????

PROJEK SARANG BUAYA -FASA 1
BAIK PUNYA ZOOM>>>Kepala Buaya + Badan Buaya + Ekornya


Beginilah Kehidupan buaya....nampak pasif je..tapi hakikatbya tidak. Ianya aktif dalam apa jua yang dilakukannya. Ia diam tiidak bermasudnya bodoh, lembap, malas, tidak bijak. Tapi diamnya adalah satu strategi, planning, taktik dan kecerdikannya. Itu juga kelebihannya.



Bila buaya2 di sarang buaya tanjung langsat pasir gudang ini diberi makan, ianya tidak diam, malah ganas. Sehinggakan bergaduh sesamanya. Ada yang patah gigi, patah rahang. Dapat tengok buaya hari-hari kat sini.


TIDO KE???

Sunday, July 26, 2009

KEHIDUPAN REMAJA MASA KINI :(

BAGAIMANAKAH KEHIDUPAN REMAJA SEKARANG?
BAGAIMANAKAH KEHIDUPAN REMAJA DI MASA AKAN DATANG?
BAGAAIMANAKAH KEHIDUPAN ANAK-ANAK KITA?

1) Kelendar lucah..mengairahkan.Inilah yang saya jumpa di sebuah rumah remaja masakini...subhanallah


2)Cd karaoke Dangdut Indonosia..Cd nya menunjukkan joget, golek, lenggang yang melampau.Tiada CD ilmiah langsung....inilah yang di layan, digemari remaja sekarang.


3) VCD lucah juga dijumpai dalam operasi yang dijalankan...Diletakkan di ruang tamu...bukannya disorok. CD dan DVD syaitan sudah jadi biasa bagi remaja sekarang.....tengoklah kat terengganu.E-Book dah di salah guna oleh pelajar darjah 5 dengan buka web lucah, upload video lucah....


4) Majalah Lucah...Disimpan baik di Dalam almari.. Gambar Full Colour, Kertas gambar....30 muka surat. Majalah dari HONG KONG. Bagaimanakah majalah ini sampai?dijadikan koleksi.....
Selidikilah sahabat2 kita, kawan-kawan kita, anak-anak kita, supaya budaya ini, dijauhkan. Inilah yang merosakkan Akhlak remaja...Berlakunya Jenayah rogol, rompak, liwat dan hancurnya dunia.......
Adakah remaja sebegini akan mendampingi Allah, mendampingi Al-quran??Solat...... Salah siapakah ini....????

Wednesday, June 24, 2009

Alam Pekerjaan Vs Alam Study

Assalamualaikum...

Oh....banyak perubahan dan ketaksamaan dalam alam pekerjaan berbanding alam study. Yang paling penting adalah pengelaman dan pengetahuan. Ilmu yang tidak hanya pada study dan untuk exam...Ilmu yang luar daripada kotak pemikiran, ilmu pergaulan, ilmu menangkis kata-kata kesat, ilmu politik. eeeeeee Macam2 kena ada...ilmu menipu untuk strategi pun kena ada.

Selamat menempuh alam pekerjaan.....Ilmu yang lama perlu dirujuk semula. Betullah kata boss aku hj Ayob Salleh. Belajar tidak sama dengan kerja. Pengalaman boleh digilap dengan mudah jika ada ilmu pengetahuab

Tuesday, May 5, 2009

Koleksi mini library

Banyak juga aku telah beli buku-buku ni AHH!!! Tidak rugi jika membeli buku.. Mungkin aku tersedar dengan kata-kata pendahuluan yang selalu diungkapkan oleh Ustaz Riduan Mohd Noor. “Memperkayakan perpustakaan maklumat” Aku juga terpengaruh dengan kata-kata Ustaz Azhar Idrus “ Apabila mati, apakah pusaka, Kitab2 boleh dijadikan pusaka”. Buku-buku ini adalah ilmu dan boleh diwarisi. Tak macam maklumat internet..maklumat syber alam maya.


Apakah sama kita membaca buku yang dibeli dan yang dipinjam?? Nampak sama tapi hakikatnya berbeza Kemanakah ilmu yang kita bawa jika rujukan yang kita baca tiada 10 tahun akan datang, 20 tahun akan datang. Buku-buku ilmiah sebagai memenuhi maklumat dan perpustakaan mini rumahku di masa akan datang। Pupuklah budaya ilmu dikalangann anak-anak, anak muda, pemuda terutamanya.


Alhamdulillah aku tersedar dan dapat menilai tapi hanya sedikit. Pada 25 April 2009 di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Kebanyakkan yang hadir dan ku nilai sebagai pencinta ilmu adalah dikalangan yang bertudung labuh, digelar ustaz-ustas, pelajar aliran agama dan BLOGGER. Ini secara kasar dan ku tidak menafikan yang lain bukan pencinta ilmu.

Aku pun tak pasti, sejak bila aku jadi ketagihan ilmu। Semangat mengkaji dan ingin tahu membuak di hati dan pemikiran. Masih bodoh lagi aku sebenarnya..Masih banyak yang ku tidak tahu..

Assalamualaikum

Sunday, May 3, 2009

Hidup KU

Assalamualaikum...............

Macammana ni?????
Sem depan tak dapat pinjaman!!!!!

macammana aku nak makan????
macam mana aku nak bayar yuran????
Asarama sem ni tak settle lagi Yuran!!!

Ni sebab aku juga ni, belajar main2.Banyak buat benda lain dari study.Tido pun banyak.huhuhu. Tak seimbang langsung kehidupan aku. Sepatutnya study kena balance dengan kerja lain dengan main......

Ahhhhh!!! aku nak cari duit sem depan, nak jual burger kot,Nak jual megi kot, untung juga......Eh....Boikot la megi..lupa aku
Nak jual kerepek lah.....boleh ni.....
Nasi lemak....?? fikir dulu.....
Kalau aku tak usaha tak jadi apa2.....

Yuran RM800.00, Asrama dekatRM 500.00, Makan RM200.00 sebulan....
Eh banyak juga ye nak kena cari duit.............RM1500....
Dalam 300.00 sebulan....wooooo.......banyaknyeeeeee...tenssion
aaaa....Aku boleh apply R.A kat UTHM ni......
Tapi boleh ke...result tertungging, meniarap aku nanti.....mampus2.
Kat siapa aku nak bergantung ni......siapa nak tolong aku...sahabat?lajnah kebajikan?HEP?Zakat UTHM?
Berserah ajalah.......tawakkal....

Ehh..mana boleh tawakkal tanpa usaha...Ni salah konsep ni...

Aku sem depan tak dapat duit....sem depan-depan lagi...??? xkan tak dapat juga...###% ###aku kena study elok2 ni..
sem ni mesti dapat pointer gempak.....tak nak hamprak lagi...
Baru aku tak menyusahkan mak bapak aku.....

Asyik bergantung pada biasiswa FAMA je.....mana boleh...malu juga..Dari baby..dalam perut lagi mak bapa support.....
Ohhhhh........Hutang PTPTN pulak nanti kena aku selesaikan........deh RM21,000 beb.....diploma dah RM15,000.Kalau aku kena reject universiti...malu besar aku..harapan mak ayah...orang kampung tuuuuuuu.!!!!!!!mana nak letak muka ni.....Tak balik kg???,,,tak mungkin.....

Orang lain boleh berjaya...aku tak kan tak boleh. Orang lain pun orang juga, manusia juga. Budak palapes boleh dapat dekan setiap semester.....amacam??
Kawan aku tu. SPM result bodoh je...sekarang pointer gempak....
Aku ni SPM banyak A...Tapi bodoh juga.....

patut la....orang kata,
"kejayaan hari lepas tak menjamin kejayaan hari ini"

Pasal duit.??????
Cuti ni aku akan kerja..kerja...kerja.....cari duit...tak nak pilih kerja dah..waitres, kedaimakan, stesen minyak, kedai kain, pasaraya, tak kisah la apa pun......asal dapat duit, dapat makan kat universiti untuk sem depan nanti.....
Aku palajar ijazah,,,kerja yang bukan2 malu juga....ahhhhhhhh....aku tak kisah....Tak nak susah ibu bapa lagi.....mak aku orang miskin, x kerja. Ayah aku kerja kampung je,,,jadi buruh....kerja kadi kuli projek pembinaan.....tengah2 panas.
Pasal Study???
Aku akan study abis start dari sekarang,,,,result ok..Sem depan2 dapat semula pinjaman....Aku kena seimbang antara study dengan kerja2 lain....
Harapan mak ayah penting juga.....
Kerja dakwah pun penting juga......
Ibadat diri pun penting juga...........


Insan Dhaif