Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, May 5, 2009

Koleksi mini library

Banyak juga aku telah beli buku-buku ni AHH!!! Tidak rugi jika membeli buku.. Mungkin aku tersedar dengan kata-kata pendahuluan yang selalu diungkapkan oleh Ustaz Riduan Mohd Noor. “Memperkayakan perpustakaan maklumat” Aku juga terpengaruh dengan kata-kata Ustaz Azhar Idrus “ Apabila mati, apakah pusaka, Kitab2 boleh dijadikan pusaka”. Buku-buku ini adalah ilmu dan boleh diwarisi. Tak macam maklumat internet..maklumat syber alam maya.


Apakah sama kita membaca buku yang dibeli dan yang dipinjam?? Nampak sama tapi hakikatnya berbeza Kemanakah ilmu yang kita bawa jika rujukan yang kita baca tiada 10 tahun akan datang, 20 tahun akan datang. Buku-buku ilmiah sebagai memenuhi maklumat dan perpustakaan mini rumahku di masa akan datang। Pupuklah budaya ilmu dikalangann anak-anak, anak muda, pemuda terutamanya.


Alhamdulillah aku tersedar dan dapat menilai tapi hanya sedikit. Pada 25 April 2009 di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Kebanyakkan yang hadir dan ku nilai sebagai pencinta ilmu adalah dikalangan yang bertudung labuh, digelar ustaz-ustas, pelajar aliran agama dan BLOGGER. Ini secara kasar dan ku tidak menafikan yang lain bukan pencinta ilmu.

Aku pun tak pasti, sejak bila aku jadi ketagihan ilmu। Semangat mengkaji dan ingin tahu membuak di hati dan pemikiran. Masih bodoh lagi aku sebenarnya..Masih banyak yang ku tidak tahu..

Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment