Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, January 19, 2012

Ketulan Emas Di Kg Melayu Majidee




Assalamualaikum, pada hari isnis 09 Januari 2012 di kg Melayu Majidee digemparkan dengan penemuan Emas. Kebetulan aku lalu disitu, aku bertanya dan menyertainya. Secara peribadinya aku menyatakan ianya bukan emas kerana aku pernah mendulang emas sebelum ini. Hal ini telah disiarkan di berita TV3. Pada keesokkannya, keluar lagi berita TV3 yang memaklumkan, kajian telah dibuat oleh ahli geologi, mendapati ianya bukan Emas tetapi sejenis batu.

Wednesday, January 18, 2012

Ayah & Ibu & Hana

Hana Anak yang Manja, Comel. Dah mula dan pandai hisap jari. :)

Kereta Hana :) 20 Dis 2011



Kebakaran Kilang Fibre Di Kempas

Setelah menghantar isteri kerja, seperti biasa aku akan menuju ke tempat kerja. Tempat kerja aku pada masa ini adalah di Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia. Semasa menuju ke tempat kerja, aku mendengar siren 2 kereta bomba. Aku memerhatikannya dan pada masa yang sama aku terpandang kepulan asap hitam dari satu tempat. Terdetik di hati ingin tahu dan pergi melihat kebakaran tersebut.



Aku terus menuju ke lokasi tersebut. Sehinggalah sampai di lokasi, aku parking kereta dan menghampirinya. Lokasinya adalah di kempas. Kilang yang terbakar adalah kilang fibre. Kebakaran dan api merebah sangat cepat. Sehinggakan tiada barang yang dapat diselamatkan.Pada malamnya, kebakaran tersebut disiarkan di berita TV3. Rupanya kilang tersebut adalah kilang haram. Jadi semua kerugian tiada cover insuran.

Tuesday, January 17, 2012

Majlis Bercukur Hana Khadijah 07/01/2012

Setelah Hana berumur 4 1/2 bulan, tibalah masa yang sesuai untuk aku membuat majlis bercukur anak sulung aku iaitu pada hari sabtu bersamaan 07 Januari 2012. Walaupun Hana sudah berumur 4 1/2 bulan, namun rambutnya tetap seperti baru lahir. Rambutnya nipis, halus, dan sedikit sahaja.


Persiapan telah dibuat seadanya oleh isteri aku. Segala urusan jamuan dan masakan telah disiapkan oleh Mak dan Abah di Segamat. Aku dan isteri hanya menyiapkan buah tangan untuk para jemputan yang hadir. Buah tangan yang aku dan isteri sediakan adalah air kotak, sumi, gula-gula, dan jajan-jajan untuk setiap bungkusan dihiasi dengan satu kuntum bunga.



Pada malam sabtu, aku dan isteri balik ke Segamat dan bermula pada pagi sabtu, aku dan isteri serta kakak ipar aku bertungkus lumus menyiapkan persiapan seperti makanan, kemas rumah, membuat dadih dan kerja-kerja yang perlu. Masakan yang dibuat untuk majlis kali ini adalah Gulai lemak Nangka, Ikan Kering Goreng, Ikan keli Goreng Bercili, Sambal, ulam-ulaman, ayam masak merah.





Pada hari majlis berlangsung, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Majlis bermula pada pukul 2.oo petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang. Semuanya berjalan lancar. Semua kelihatan penat, dan berehat. Pada malamnya kami sekeluarga mula mengemas rumah sehinggalah tengahari pada hari ahad.




Malam isnin, aku dan isteri pulang ke Johor Bharu.