Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, January 18, 2012

Kebakaran Kilang Fibre Di Kempas

Setelah menghantar isteri kerja, seperti biasa aku akan menuju ke tempat kerja. Tempat kerja aku pada masa ini adalah di Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia. Semasa menuju ke tempat kerja, aku mendengar siren 2 kereta bomba. Aku memerhatikannya dan pada masa yang sama aku terpandang kepulan asap hitam dari satu tempat. Terdetik di hati ingin tahu dan pergi melihat kebakaran tersebut.



Aku terus menuju ke lokasi tersebut. Sehinggalah sampai di lokasi, aku parking kereta dan menghampirinya. Lokasinya adalah di kempas. Kilang yang terbakar adalah kilang fibre. Kebakaran dan api merebah sangat cepat. Sehinggakan tiada barang yang dapat diselamatkan.Pada malamnya, kebakaran tersebut disiarkan di berita TV3. Rupanya kilang tersebut adalah kilang haram. Jadi semua kerugian tiada cover insuran.

No comments:

Post a Comment