Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, January 17, 2012

Majlis Bercukur Hana Khadijah 07/01/2012

Setelah Hana berumur 4 1/2 bulan, tibalah masa yang sesuai untuk aku membuat majlis bercukur anak sulung aku iaitu pada hari sabtu bersamaan 07 Januari 2012. Walaupun Hana sudah berumur 4 1/2 bulan, namun rambutnya tetap seperti baru lahir. Rambutnya nipis, halus, dan sedikit sahaja.


Persiapan telah dibuat seadanya oleh isteri aku. Segala urusan jamuan dan masakan telah disiapkan oleh Mak dan Abah di Segamat. Aku dan isteri hanya menyiapkan buah tangan untuk para jemputan yang hadir. Buah tangan yang aku dan isteri sediakan adalah air kotak, sumi, gula-gula, dan jajan-jajan untuk setiap bungkusan dihiasi dengan satu kuntum bunga.



Pada malam sabtu, aku dan isteri balik ke Segamat dan bermula pada pagi sabtu, aku dan isteri serta kakak ipar aku bertungkus lumus menyiapkan persiapan seperti makanan, kemas rumah, membuat dadih dan kerja-kerja yang perlu. Masakan yang dibuat untuk majlis kali ini adalah Gulai lemak Nangka, Ikan Kering Goreng, Ikan keli Goreng Bercili, Sambal, ulam-ulaman, ayam masak merah.





Pada hari majlis berlangsung, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Majlis bermula pada pukul 2.oo petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang. Semuanya berjalan lancar. Semua kelihatan penat, dan berehat. Pada malamnya kami sekeluarga mula mengemas rumah sehinggalah tengahari pada hari ahad.




Malam isnin, aku dan isteri pulang ke Johor Bharu.

No comments:

Post a Comment