Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, May 5, 2009

Koleksi mini library

Banyak juga aku telah beli buku-buku ni AHH!!! Tidak rugi jika membeli buku.. Mungkin aku tersedar dengan kata-kata pendahuluan yang selalu diungkapkan oleh Ustaz Riduan Mohd Noor. “Memperkayakan perpustakaan maklumat” Aku juga terpengaruh dengan kata-kata Ustaz Azhar Idrus “ Apabila mati, apakah pusaka, Kitab2 boleh dijadikan pusaka”. Buku-buku ini adalah ilmu dan boleh diwarisi. Tak macam maklumat internet..maklumat syber alam maya.


Apakah sama kita membaca buku yang dibeli dan yang dipinjam?? Nampak sama tapi hakikatnya berbeza Kemanakah ilmu yang kita bawa jika rujukan yang kita baca tiada 10 tahun akan datang, 20 tahun akan datang. Buku-buku ilmiah sebagai memenuhi maklumat dan perpustakaan mini rumahku di masa akan datang। Pupuklah budaya ilmu dikalangann anak-anak, anak muda, pemuda terutamanya.


Alhamdulillah aku tersedar dan dapat menilai tapi hanya sedikit. Pada 25 April 2009 di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Kebanyakkan yang hadir dan ku nilai sebagai pencinta ilmu adalah dikalangan yang bertudung labuh, digelar ustaz-ustas, pelajar aliran agama dan BLOGGER. Ini secara kasar dan ku tidak menafikan yang lain bukan pencinta ilmu.

Aku pun tak pasti, sejak bila aku jadi ketagihan ilmu। Semangat mengkaji dan ingin tahu membuak di hati dan pemikiran. Masih bodoh lagi aku sebenarnya..Masih banyak yang ku tidak tahu..

Assalamualaikum

Sunday, May 3, 2009

Hidup KU

Assalamualaikum...............

Macammana ni?????
Sem depan tak dapat pinjaman!!!!!

macammana aku nak makan????
macam mana aku nak bayar yuran????
Asarama sem ni tak settle lagi Yuran!!!

Ni sebab aku juga ni, belajar main2.Banyak buat benda lain dari study.Tido pun banyak.huhuhu. Tak seimbang langsung kehidupan aku. Sepatutnya study kena balance dengan kerja lain dengan main......

Ahhhhh!!! aku nak cari duit sem depan, nak jual burger kot,Nak jual megi kot, untung juga......Eh....Boikot la megi..lupa aku
Nak jual kerepek lah.....boleh ni.....
Nasi lemak....?? fikir dulu.....
Kalau aku tak usaha tak jadi apa2.....

Yuran RM800.00, Asrama dekatRM 500.00, Makan RM200.00 sebulan....
Eh banyak juga ye nak kena cari duit.............RM1500....
Dalam 300.00 sebulan....wooooo.......banyaknyeeeeee...tenssion
aaaa....Aku boleh apply R.A kat UTHM ni......
Tapi boleh ke...result tertungging, meniarap aku nanti.....mampus2.
Kat siapa aku nak bergantung ni......siapa nak tolong aku...sahabat?lajnah kebajikan?HEP?Zakat UTHM?
Berserah ajalah.......tawakkal....

Ehh..mana boleh tawakkal tanpa usaha...Ni salah konsep ni...

Aku sem depan tak dapat duit....sem depan-depan lagi...??? xkan tak dapat juga...###% ###aku kena study elok2 ni..
sem ni mesti dapat pointer gempak.....tak nak hamprak lagi...
Baru aku tak menyusahkan mak bapak aku.....

Asyik bergantung pada biasiswa FAMA je.....mana boleh...malu juga..Dari baby..dalam perut lagi mak bapa support.....
Ohhhhh........Hutang PTPTN pulak nanti kena aku selesaikan........deh RM21,000 beb.....diploma dah RM15,000.Kalau aku kena reject universiti...malu besar aku..harapan mak ayah...orang kampung tuuuuuuu.!!!!!!!mana nak letak muka ni.....Tak balik kg???,,,tak mungkin.....

Orang lain boleh berjaya...aku tak kan tak boleh. Orang lain pun orang juga, manusia juga. Budak palapes boleh dapat dekan setiap semester.....amacam??
Kawan aku tu. SPM result bodoh je...sekarang pointer gempak....
Aku ni SPM banyak A...Tapi bodoh juga.....

patut la....orang kata,
"kejayaan hari lepas tak menjamin kejayaan hari ini"

Pasal duit.??????
Cuti ni aku akan kerja..kerja...kerja.....cari duit...tak nak pilih kerja dah..waitres, kedaimakan, stesen minyak, kedai kain, pasaraya, tak kisah la apa pun......asal dapat duit, dapat makan kat universiti untuk sem depan nanti.....
Aku palajar ijazah,,,kerja yang bukan2 malu juga....ahhhhhhhh....aku tak kisah....Tak nak susah ibu bapa lagi.....mak aku orang miskin, x kerja. Ayah aku kerja kampung je,,,jadi buruh....kerja kadi kuli projek pembinaan.....tengah2 panas.
Pasal Study???
Aku akan study abis start dari sekarang,,,,result ok..Sem depan2 dapat semula pinjaman....Aku kena seimbang antara study dengan kerja2 lain....
Harapan mak ayah penting juga.....
Kerja dakwah pun penting juga......
Ibadat diri pun penting juga...........


Insan Dhaif