Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, December 2, 2011

Tukar Jenama Pampers Untuk Hana Khadijah

Ujian Allah yang mendatang aku dan nisteri harus tempuhi dengan kesabaran. Hana khadijah anak sulung aku kali ini gatal-gatal dan ruam pada punggung dan pinggang. Ini mungkin disebabkan dari ketidaksesuaian pampers. Isteri aku menyalahkan aku kerana menukar pampers murah (Dryfirst) dan mengatakan punca gatal dan ruam pada punggung Hana Khadijah. Mungkin ada benarnya kata-kata isteri ku itu. Yang pasti aku nak Hana Khadijah selesa dan sihat selalu. Oleh itu aku menukar semula kepada jenama Drypers untuk keselesaan Hana Khadijah. Sebelum ini, aku gunakan Drypers. Setelah terdapat jenama yang lebih murah iaitu Dryfirst, maka aku tukar kepada jenama tersebut. Harga untuk Drypers adalah RM30 untuk 64pcs=RM0.50/pcs. Jenama Dryfirst adalah 18.90 untuk 78pcs = RM0.25/pcs. Walaubagaimanapun, setelah seminggu pampers drypers digunakan, ruam dan gatal masih belum hilang. Aku sayang sangat pada Hana Khadijah. Sedih jika anak tidak sihat dan sakit.

No comments:

Post a Comment