Jika masak siput, isteri aku memang tak akan sentuh dan tak akan masak. Ini kerana dia memang geli dengan siput.
Cara Gulai Siput: Tumbuk bawang putih, bawang merah, kunyit hidup, lengkuas, lada burung. Masukkan dalam periuk bersama santan dan daun kadok. Masukkan siput yang telah dibasuh dan dipotong bontotnya atau ponggeknya. Biarkan mendidih dan masak. Masukkan gula, garam secukup rasa. Masukkan sedikit budu untuk tambahkan sedap (bagi orang pantai timur).
Siap untuk dimakan.
No comments:
Post a Comment