Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, December 16, 2011

Akuarium Aku...Bela ikan

Dari masa belajar lagi minat dan keinginan mempunyai akuarium dam membela ikan menjadi idaman hati. Setelah sekian lama tidak membela dan mengisi akuarium bulat ini, akhirnya terisi semula dengan dua ekor ikan. Sebelum ini iaitu pada bulan Oktober 2010 aku mula mempunyai akuarium dan membela ikan. Dua belas ekor ikan merah kecil aku bela, tetapi hanya bertahan 4 bulan sahaja. Ikan seekor demi seekor mati. Aku dan isteri terasa sedih. Air dan makanan aku jaga sepenuhnya tetapi nasib tidak menyebelahi. Sejak hari itu aku hanya menyimpan akuarium bulat yang dibeli di Free Zone Stulang dengan mengisinya dengan barang-barang kecil dan syiling.


Pada 13 Disember 2011 aku mula membeli dan memulakan semula minat aku dengan harapan ikan yang aku bela sihat dan membesar. Dengan ikan tersebut, aku boleh tenang dengan merenung dan melihat gelagat-gelagat. Dengan ikan-ikan itu juga aku boleh mengisi masa yang terluang dengan membersihkan akuarium, memberi makan pada ikan dan bermain dengan anak aku Hana Khadijah dengan melihat ikan dalam akuarium.

No comments:

Post a Comment