Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, October 29, 2011

Kerja Kilang & Di Peras Ugut Di Angsana (2003)

Kisah ini adalah kisah semasa aku bekerja kilang di Johor Bharu. Ketika itu usia aku adalah 17 tahun. Aku bekerja kilang kerana pada masa itu aku telah habis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysi (SPM). Peperiksaan SPM adalah bulan 11 2002 dan selepas itu kebiasaannya akan terdapat cuti yang panjang sesbelum dapat sambung belajar pada bulan Jun 2003.

Kerja Kilang PCA & JCY Kangkar Tebrau
Setelah mendapat kata sepakat antara kawan-kawan iaitu Mizan, Zulfakar, Din, Nik Mohd marwan, Baha, Lias dan Ahmad aku bertolak ke Johor Bharu untuk bekerja kilang. Peluang kerja kilang tersebut diperolehi daripada aku kerana aku mengenali Abang Jais & Kak Azilah yang mengendali pekerja kilang. Abang Jais & kak Azilah adalah saudara Akak aku Kak Norizan yang tinggal di Kota Bharu. Pada awal-awal sampai kesana iaitu sebelum mula bekerja kami tinggal di rumah saudara Mizan di Kangkar Ayam. Semasa di sana kami serba kekurangan dengan keadaan rumah yang sempit dan duit poket yang sedikit. Kami disana masak sendiri sehinggakan bahan dapur rumah tersebut semakin kering tetapi kami membeli ganti. Nasib baik tuan rumah tidak berkira. Sebelum kami mula bekerja, kami selalu lepak dirumah & tengok tv. Kadang-kadang kami keluar berjalan dengan berjalan kaki kerana tiada kenderaan sehinggakan sesat jalan (sampai lewat pagi). Lebih kurang 10 hari disana, kami risau kerana kerja belum ada dan duit berlanja makin kurang. Kami selalu berbual-bual mengenai gaji nanti. Ada yang ingin beli motor dan ada yang ingin beli handphone.
Pada suatu hari, Abang Jais kami membawa kami ke sebuah kilang iaitu Kilang Elektronik PCA &JCY. Disitu kami mula bekerja tetapi tidak pada tempat yang sama. kami dipecahkan mengikut kekosongan. Sejak dari itu kami mula bekerja dan jadilah pekerja kilang. Setelah 2 minggu bekerja, ramai yang merungut kerana kerja penat, tidak cukup rehat, kotor, lenguh-lenguh badan, tidak dapat duduk dan sebagainya. Sejak dari itu, Aku dan Baha sahaja yang dapat bertahan. Apabila gaji pertama dapat iaitu setiap 15 haribulan, aku menikmatinya iaitu RM900++ dengan gaji RM34 sehari. Gaji kawan-kawan yang lain Abang Jais bagi pada aku. Itulah kali pertama aku pegang duit banyak iaitu kira-kira 3000-4000 sehinggakan gementar tangan dan hati. Aku dan Baha bekerja sehingga Hari Raya Haji.



Di Pau dan Peras Ugut di Angsana 15 Januari 2003

Pada pertengahan bulan, saat yang paling gembira tiba iaitu hari mendapat gaji. Gaji akan dibayar cash semasa didalam van apabila balik kerja atau pergi kerja. Pada masa itu aku bekerja shift malam dan aku diberi gaji semasa balik dari kerja iaitu pagi 15 haribulan. Untuk yang bekerja siang akan diberi semasa balik kerja petang 15 haribulan. Seperti perancangan kawan-kawan, apabila mendapat gaji, kami akan keluar bersama-sama untuk shopping dan berjalan-jalan. Pada tengahari 15 Januari 2003 aku bersama 10 orang kawan pekerja shif malam bertolak ke Angsana. Pada masa itu target utama kawan-kawan aku adalah untuk membeli kasut CONVERSE dan Bangger (Gelang Rantai Perak) dan berjalan-jalan. Kami berpecah kepada beberapa kumpulan mengikut tujuan masing. Setelah meronda-ronda dalam angsana, aku melihat ada 2 orang yang aku tidak mengenali meletakkan tangan pada bahu adik Azizi seperti seorang kawan. Aku ingatkan kawan adik Azizi. Aku mengekori mereka dan pada masa yang sama aku terdengar perbualan mereka. Rupanya 2 orang itu adalah Mat Pau dan cuba mengPau adik Azizi. Aku cuba menyelamatkan keadaan walaupun dalam ketakutan dan hampir bertumbuk. Pada masa itu aku telah di acukan pisau. Memikirkan keadaan aku berseorangan, duit gaji RM900++ dalam poket dan berada di tempat orang aku tidak bertumbuk. Mereka terus membawa adik azizi ke dalam kedai. Dalam masa yang sama, aku terus menjauhkan diri dari mereka dan mencari kawan-kawan yang lain untuk memaklumkan hal tersebut. Apabila aku menelefon kawan-kawan semuanya tidak berani dan kebingungan. Kawan ada menelefon geng-geng shif siang, tetapi mereka belum sampai dan masih menunggu bas. Aku dan seorang kawan mengekori adik Azizi dan membuat perancangan untuk menyelamatkan duit adik Azizi. Kawan aku mengekori adik Azizi kerana Mat Pau tersebut tidak mengenalinya. Semasa mengekori adik Azizi, Adiz Azizi sempat memberikan dompetnya pada kawan aku. Kami berasa lega kerana dapat menyelamatkan duitnya.

Setelah kawan-kawan shift siang sampai, kami mencari adik Azizi bersama. Kami jumpai di kawasan parking kereta dengan keadaan tidak bermaya kerana dipukul. Dari cerita afik Azizi, ada seorang polis berpakaian biasa menyelamatkannya. Barang yang hilang adalah kasut, bangger perak dan wang saku. Rupanya kumpulan Mat Pau tersebut adalah kumpulan bermotor yang suka melepak di kawasan tersebut. Boleh dikatakan kawasan tersebut adalah kawasan mereka. Kumpulan mereka ramai, telinga bertindik di sepanjang telinga dan ada yang berumur dalam lingkungan 10 tahun.


Kali pertama Tidak balik Kg pada Hari Raya Aidil Adha 2003 (Febuari 2003)

Aidil Adha pada tahun itu jatuh pada 14 Februari 2003. Sedangkan gaji akan dapat pada 15 haribulan setiap bulan. Dengan itu, aku mengambil keputusan tidak balik kampung kerana menunggu gaji. Hati mana yang tidak sedih jika beraya tanpa keluarga. Sebelum ini apabila beraya sentiasa berada disisi keluarga bersama adik, abang, kakak serta kedua ibu bapa. Dikala hari raya, apabila takbir bergema, air mata keluar laju tanpa diduga dan tidak dapat aku menahannya. Apabila balik dari masjid solat hari raya Aidil Adha, aku tidak tahu kemana arah yang hendak dituju. Tiada undangan dan tiada sebarang jamuan. Kesedihan aku semakin bertambah kerana tiada langsung suasana hari raya seperti biasa di kampung. Seperti biasa apabila menjelang hari raya, kedai makan, kedai runcit akan ditutup. Aku dan kawan-kawan di rumah sewa hanya makan nasi berlauk telur dan ikan kering sahaja. Ada yang hanya makan megi di hari raya. Itupun ada kedai cina yang buka untuk membeli lauk pauk.


Begitulah kehidupan diperantauan. Sekian dahulu :)...

No comments:

Post a Comment