Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, October 26, 2011

Aku Seorang SECURITY GUARD Mei 2010-Sept 2010




Assalamualaikum wbt. Inilah cerita aku mengumpul duit untuk perkahwinan. Perangcangan asal adalag pada Jun 2010, ditukar pada November 2010 dan di percepatkan pada 24September 2010. Perangcangan kewangan bercelaru.:(

Inilah kisah aku sebagai Security Guard
Lokasi : Pelabuhan Tanjung Langsat, Pasir Gudang, Johor
Masa/Tempoh : Mei 2010- September 2010 (Sebelum Raya)
Tujuan : Mendapatkan Duit sampingan untuk perkahwinan
Masa Kerja: 08.00 malam-8.00 pagi

Pada Mei 2010, Setelah mengkaji perangcangan kewangan untuk melangsungkan perkahwinaan, duit simpanan aku pada masa tu masih belum mencukupi. Hati aku berasa amat risau kerana tarikh perkahwinan aku adalah pada bulan September 2010, lagi 4 bulan. Pada masa itu aku bekerja dengan Syarikat Usaha Permai Enterprise yang menjalankan kerja-kerja pembinaan. Aku adalah seorang pengurus tapak di projek pembinaan Taman Rekreasi Awam Bakau Perigi Acheh Fasa 2, Tanjung Langsat, Pasir Gudang Johor. Aku mula kerja dengan syarikat tersebut pada Jun 2009 selepas graduat dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Gaji permulaan adalah RM1500 sebulan dan setelah 3 bulan bekerja aku telah di sahkan jawatan dan dinaikkan gaji kepada RM1800. Setelah setahun kerja, iaitu pada Jun 2010, gaji aku dinaikkan lagi RM150 dan Boss aku juga mempertimnbangkan elaun telefon RM100. Jadi gaji aku pada masa itu adalah RM2050.

Duit simpanan aku dalam akaun ASB telah ada RM6000 pada bulan Januari 2010. Duit ini adalah simpanan aku selama 7 bulan aku kerja dan duit simpanan sebelum-sebelumnya. Pada masa itu aku teringin untuk memakai kereta kerana terasa ianya adalah keperluan. Niat dihati untuk membeli kereta kecil-kecil sahaja seperti kancil atau Viva. Tetapi setelah diteliti harganya, baik lagi beli kereta baru kerana harganya lebih kurang mahalnya. Aku pergi kekedai dan bersetuju membeli kereta Pesona. Setelah menghantar dokumen yang dikendaki, pelbagai-bagai masalaah timbul sehinggakan aku tarik diri. Pada bulan April 2010 aku mencari kereta secondhand. Dan berkenan dengan sebuah kereta waja JGQ8883 tahun 2002. Harga yang tertera pada kereta adalah RM32K. Setelah ditawar-tawar harga yang dapat adalah 30K. Setelah dipersetujui dengan harga itu, aku serahkan dokumen untuk kelulusan pinjaman bank. Pinjaman diluluskan, tetapi had maksimum adalah RM24,300. Dengan had ini aku diminta untuk membayar muka sebanyak RM6,600. Aku terkejut juga dengan jumlah bayar muka tersebut. Duit muka yang aku standby adalah RM2000 sahaja. Dengan budi bicara dan rundingan, harga kereta diturunkan harga pada RM27,500. Dengan itu aku perlu bayar sebanyak RM4100. Aku bersetuju dengan rundingan tersebut.

Dengan itu duit simpanan ASB aku berbaki RM1900. Lagi 5 bulan hendak kahwin, duit ada RM1900. Macamana ni??!! Kepala aku ligat mencari idea untuk mendapatkan duit untuk perkahwinan. Hantaran kahwin RM10,ooo adalah bayangan dan ura-ura yang aku dengar dari bakal isteri aku. Duit hantaran tersebut aku perlu beri sebulan sebelum majlis perkahwinan berlangsung. Dengan keadaan yang tertekan dan kerisauan aku mencari pekerjaan sampingan. Antara kerja yang aku jangka adalah kerja kilang, pam minyak, kedai makan dan security. Aku selalu membelek-belek akhbar dan melihat iklan yang diiklankan. Aku juga tidak terlepas melihat iklan yang ditampal di pondok-pondok telefon, pokok-pokok dan perberhentian bas. Suatu hari, aku terlihat keratan iklan, Security diperlukan segera di Tg Langsat. Aku terus telefon En Azmi. Alhamdulillah syukur sangat kerana ada kekosongan dan aku boleh mula kerja keesokan harinya.


Simpanan (Gaji Securuty Guard & Site Manager)

Perjalanan kerja dan gaji seorang jaga berjalan dengan baik. Gaji bersih aku sebagai jaga adalah RM900-RM1000 bergantung pada kehadiran. Denngan duit gaji tersebut aku dapat simpan sepenuihnya. Alhamdulillah, simpanan aku sebulan adalah RM1500 dan anggaran simpanan sebelum kahwin adalah RM6000.00. Duit simpanan tersebut belum mencukupi, secara sambilan, di tempat kerja pada siangnya, aku berniaga rokok dan juga air tin. Dengan ini, dapatlah aku menambah simpanan kahwin. Dengan anggaran simpanan RM6000 tersebut aku terasa amat lega walaupun belum mencukupi duit hantaran RM10,000.


Kutu (Geng-Geng UTHM)

Kenapa aku telah berasa lega dengan keadaan pada masa itu? Ini adalah kerana aku ada menyertai pakatan kutu antara sahabat-sahabat di UTHM semasa belajar bersama. Kutu tersebut telah di susun dan diketuai oleh seorang sahabat bernama Fadzli. Kutu tersebut disertai seramai 11 orang ahli. Perjanjian telah dibuat seadilnya. Pembayaran kutu adalah, ahli perlu membayaar RM500 kepada sahabat yang ingin melangsungkan perkahwinan. Dengan itu, seorang ahli akan menerima RM500 x 10 orang = RM5000. Dengan ini, beban perkahwinan dapat diselesaikan dengan pertolongan sahabat-sahabat.


Dengan Usaha, Allah akan mempermudahkan segala urusan. Syukur hanya pada Allah.

No comments:

Post a Comment