30 Okt 2011 (11.00 Pagi) Aku seperti biasa apabila hari minggu aku ambil peluang untuk tidur dan bangun lambat. Dalam pukul 11.00am ada orang telefon dan bagitahu nak baiki peti ais. Aku tanya bila nak datang? rupanya dak kat depan rumah. Dengan situasi itu, aku dan isteri kelam kabut kemas apa yang patut terutamanya tilam dan bantal yang masih terbentang diruang tamu. Bermula pada masa itu, peti ais aku dibaiki oleh Abang Ahmad. Lubang di welding dan usaha terus usaha, tetapi ianya tetap belum berjaya kerana ada minyak dan air dalam saluran gas.
30 okt 2011 (1.05Petang) Abang Ahmad dan isteri balik kerumah untuk ambil sejenis cecair sebagai gam. Setengah jam kemudian dia datang dan mulakan kerja menampal lubang. Peti ais dibawa ke luar rumah untuk m emudahkan kerja welding. Cubaan demi cubaan dibuat. Lubang berjaya ditampal. Setelah sejuk, gas dimasukkan. Tetapi keadaan tidak mengizinkan. Bocor lagi!! Kerja menanpal diteruskan lagi. Aku rasa mengantuk dan baring diruang tamu. Setelah petang dalam pukul 4.00 Petang Abang Ahmad dan isterinya keluar lagi. Katanya untuk membeli rod welding yang kasar dan besar sikit. Rod yang ada kecil dan tidak dapat untuk menampal lubang. Setengah jam kemudian abang ahmad datang dan mulakan kerjanya menampal. Setelah pukul 6.00 petang aku dikejutkan oleh isteri aku. Abang Ahmad dan nak balik.
1)Nak tampal boleh tetapi takut bocor tempat lain sebab banyak bekas kena cucuk
2)Tampal boleh, takut rosak compressor sebab takut dah masuk air (kos comptrssor RM180)
3)Kalau nak tukar coolen boleh (RM230) tetapi tak jamin compressor
4)Nak beli secondhand dia ada, peti 2 pintu dengan harga RM400
Setelah berbincang, dengan memikirkan risiko yang akan ditanggung. aku membuat keputusan membeli peti secondhand dengan harga RM400 termasuk RM30 untuk perkhidmartan welding dan RM30 aku jual peti aku yang rosak tu.
31 Okt 2011 (3.30 Petang) Peti ais yang dijanjikan dihantar. Bayaran cash RM400. Sekian untuk cerita peti ais aku yang rosak. Oleh kerana skru driver dan lubang sebesar lidi. Duit aku terpaksa melayang RM400.
No comments:
Post a Comment