Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, November 1, 2011

Anak Kesayangan Aku Ditahan Di Hospital

Assalamualaikum wbt.

Hati ibu mana yang tidak tersentuh apabila anaknya sakit, anaknya tidak sihat, anaknya menangis tidak berhenti menggambarkan kesakitan yang dialaminya. Lebih sedih pabila kita tidak tahu apa dan dimana sakitnya itu. Semua akan rasa tidak kena. Dari pukul 10.00 malam sehingga 6.00 pagi iaitu Hana khadijah anak aku tidak berhenti menangis. Ayah dan ibu mana boleh menahan air mata melihat keadaan anaknya sebegitu. Dalam hati dan bibir hanya terungkap secebit doa pada yang maha Esa supaya di jauhi dari perkara yang tidak diingini. Beberapa kali aku melihat isteri aku menangis teresak-esak. Aku hanya mengusap-usap kepala, bahu dan mengelap titisan air mata menandakan supaya bersabar dan kuatkan semangat. Dengan kejadian ini, isteri aku tidak dapat bekerja dan mengambil cuti.

Semasa dirumah, apabila kami balik dari klinik Seri Alam Kg Melayu, Hana ditidurkan. Seberapa ketika kemudian Hana mulai menangis. Seperti biasa, apabila Hana menangis, ibunya akan beri susu. Walau diberi susu dan didodoi, Hana masih menangis. Seberapa ketika, aku dan isteri telah perasan ada bengkak lembut pada belakang kepala Hana tetapi ianya kecil. Kami cuba tidurkan Hana secara mengiring tetapi Hana tetap menangis. Kami mulai risau dan mensyaki ada perkara yang tidak kena. Pada pukul 1.00 pagi, badan dan kepala Hana mulai panas. secara tiba-tiba badannya panas dan bengkak pada belakang kepalanya semakin besar. Semasa di klinik Seri Alam tadi, doktor mengesahkan Hana tidak demam. Dengan kerisauan, aku dan isteri membuat keputusan untuk ke Hospital Sultan Ismail bahagian kecemasan. Sepanjang disana, Hana menangis dan isteri aku mendukungnya secara berhati-hati supaya bahagian belakang kepala tidak tersentuh. Untuk keadaan yang lebis selesa, Hana diletakkan meniarap pada dada ibunya secara berhati-hati kerana tengkuk Hana belum betul-betul kuat lagi.

Lebih menyedihkan kami apabila melihat Hana menangis sekuat kuatnya semasa nurse mengambil darah pada tangannya, jarum dicucuk pada urat atas tangan dan nurse menekannya supaya darah keluar. Kami melihat dengan penuh kasih sayang. Ikutkan aku, memang tak bagi buat begitu pada anak aku. Tetapi keadaan yang memaksa. Darah yang diambil bukanya sedikit tatapi banyak iaitu separuh dari tabung uji. Sayang sangat kat Adik Hana Khadijah.

Selama berada di hospital, lebih kurang 8 kali di cucuk jarum ditangan dan dikaki tempat untuk dimasukkan antibiotik. Walaubagaimanapun kami tetap bersyukur kerana ada lagi yang lebih teruk di wad tersebut. Ujian yang Allah beri pada orang lain adalah lebih berat dari kami.

30 Okt 2011
9.00 malam-Ke klinik sri Alam Kg melayu minta ubat ruam dan disahkan tidak demam. 10.00 malam-Tiba di rumah dan Hana ditidurkan atas bantal dan tergolek kebawah. Kemudian Hana mula menangis, tidak tidur-tidur walaupun pelbagai cara kami usaha.
31 Okt 2011
12.00 malam-Isteri aku ternampak ada bengkak kecil pada kulit di bahagian belakang kepala, macam ada air di dalam kulit kepala. 1.00 pagi -Badan dan Kepala Hana mula terasa panas, Hana menangis tidak berhenti. 2.00 pagi- Kami buat keputusan pergi ke Hoispital HSI bahagian kecemasan. 2.30 pagi-Tiba diospital dan buat pendaftaran. 2.45 pagi-Hana disahkan deman dengan suhu 38.1 darjah, Hana di suntik ubat deman di punggung. 3.30 pagi-Bilik no 3, berjumpa doktor dan periksa sakit di kepala. Nurse ambil darah untuk ujian. Hana menangis sekuat hati. Mengalir air mata kami sebagai ibu bapa pada Hana. 4.15 pagi-Disahkan terdapat jangkitan kuman. 5.00 pagi-Dipindahkan ke wad 8D dan ditahan, dimasukkan antibiotik menggunakan mesin 1 hari 4 kali dengan 1 jam setiap sesi. 6.00 pagi-Demam dan panas pada badan Hana hilang. Hana boleh tidur dan kami berasa sangat lega. 8.30 pagi-Aku balik rumah dan pergi bekerja. 3.30 petang-Isteri aku bagitahu, Adik Hana demam semula. 7.00 malam-Aku pergi ke hospital dengan membawa keperluan Isteri dan Hana Khadijah (Lampin, baju, seluar, susu dll) & aku tidur di hospital menemani isteri dan Hana.


01 Nov 2011
7.00 malam-Aku hantar pakaian dan keperluan dan ada berita dari doktor mungkin doktor akan membuat pembedahan kecil membuang bisol dikepala adik esok, tetapi ianya perlu pengesahan pakar kerana umur hana baru 2 bulan. Hana perlu puasa 6 jam sebelum pembedahan. Isteri aku bagitahu Hana akan diberi ubat tidur.

02 November 2011
12.30 Tengahmalam - Setelah makan dikedai Kg Kurnia, aku pulang kerumah dan bersiap ke Hospital untuk menemani Hana dan Isteri. 1.15 pagi- Aku bertolak ke hospital. 1.35 pagi - Tiba di hospital dan dibenarkan masuk, dapat tengok adik Hana, Rindu sangat, isteri dan adik lena tidur. Aku merenung pada wajah anak aku. aku cium puas-puas. Kepalanya aku usap. Mulutku sentiasa berdoa supaya Hana cepat sembuh, sihat dan cepat besar. Kasihan melihat isteri aku tidur di kerusi. Dengan lembut aku cium dahinya. Kuat semangat seorang ibu pada anaknya sehingga aku pun dikalahi. 6.00 pagi-Isteri aku suruh jaga adik Hana kerana nak pergi solat dan mandi. 6.45 pagi - Aku ke surau dan mandi. 7.30 pagi - Menemani isteri dan adik. 7.45 pagi - Sarapan bersama, mee kari dari hospital. Nurse tukar alas tilam dan kemas katil. 8.00 pagi- ItalicNurse datang check Hana. 8.15 pagi- Adik Hana perlu diambil darah dan dipasang Jarum tiub untuk masukkan antibiotik. Semasa memasang jarum, adik Hana Menangis lagi. Sakit. 8.30 pagi-Aku keluar dan pergi kerja. 9.29 pagi - Isteri aku message bagitahu, nanah kat kepala adik dah dibuang. Banyak nanah kata doktor. Adik menangis masa buang tu je.

03 November 2011

Pemeriksaan doktor dan rawatan diberi seperti biasa pada anak aku Hana Khadijah. 11.30 malam- Setelah baalik dari kelas bahasa inggeris, aku telefon Maa di kaampung dan terus ke hospital. Apabila saampai, perut terasa lapar dan aku pergi makan di kedai mamak (Sup Campur + Nasi).


04 November 2011

12.15pagi - Aku masuk ke wad 8D dan dapati isteri dan anak akub dah tidur. 1.45 pagi - Aku keluar dan tidur dalam kereta sambil mendengar radio. 3.00 pagi- Radio kereta mati & aku dapati bateri habis. Start kereta tak hidup. 7.30 pagi- Minta pertolongan dari driver teksi untuk jumper dan start kereta "hidup".8.30 pagi- sampai rumah, Mandi & hantar baraang dapur ke pejabat Isteri. 9.26 pagi - Isteri memaklumkan Hana tidak dibenarkan pulang. Kena sambung antibiotik. 6.00 petang- balik kerja, bersih rumah & basuh pakaian Isteri dan Hana


05 November 2011

4.00 pagi- Pergi kehospital melawat Isteri dan Hana setelah pakaian yang dijemur kering. 7.30 Pagi- Balik rumah dan basuh kain Hana & Isteri.

No comments:

Post a Comment