Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, January 27, 2013

Maa Datang dari Jauh 12.01.2013

Jumaat (11.01.2013):

En Azhar Confirm Nabihah boleh kerja di pejabat tapak SKTM melaka dengan gaji RM800 + RM100 elaun sewa rumah bermula pada 15.01.2013 (selasa). Sejurus itu, aku menelefan Nabihah menyatakan hal tersebut. Dengan itu, adik aku nabihah terus ke stesen bas untuk membeli tiket. tiket hari sabtu tiada, ahad tiada. dengan itu, tiket malam tersebut juga dibeli. Keadaan sedikit kelam kabut dengan masa yang suntuk. Malam tersebut 9.30malam bertolaklah Nabihah dan ibuku dengan panggilan biasa MAA.
Sabtu (12.01.2013):
Seawal 6.00 pagi, maa sampai di stesen bas melaka sentral. Kemudian, aku membawa balik kerumah  sewa di Tanjung Minyak. Pagi tersebut bersarapan dirumah dengan nasi berlaukkan ikan bilis goreng. Setelah itu, aku bawa ke tempat kerja iaitu kabin dimana pejabat tapak aku kerja. Sempat juga minum-minum di warung kayu kak midah pada tengaharinya. Perancangan aku adalah untuk balik ke Segamat untuk melihat Hana Khadijah. Dengan itu, Maa dapat la bermain dengan cucunya Hana. Lebih kurang pukul 5 petang aku bertolak ke Segamat setelah shopping di tesco Cheng, malaka. Setibanya disana, dapatlah berjumpa Mak, Abah, Hana dan keluarga mertua aku. Tidur bersama Hana malam tu. :)
Ahad (13.01.2013):
Adik aku yang belajar di Shah Alam memujuk Maa supaya datang ke tempatnya. Dia menyatakan Maa tak pernah datang kesana. Dengan itu, aku bersetuju untuk kesana memandangkan tidak kerja dan tidak terlalu jauh. Aku memberitahu Mak mertuaku perkara tersebut. Sebelum ke sana, pagi-pagi lagi aku panjat dan petik buah rambutan dan manggis. Jam 11.30 pagi aku bertolak ke Shah Alam, pukul 2.30 petang tiba disana. Setelah sampai rumah sewa Atikah penghuninya semua perempuan, mana boleh aku masuk. Kami keluar makan bersama. Alang-alang berada disana, kami berpakat untuk ke rumah Mak saudara (Mok Ani). Petang itu, terus ke sana dan berehat disana. Makan malam pun disana. Dapat la jumpa mak saudara (Mok Anin, kamilah& mastura)dan sepupu (Jannah anak Pak Do Min). Sebelum keluar rumah, Pok Ju datang sekeluarga Mak mertuanya. Dapat la berjumpa dan bertanya khabar. Isterinya juga dah mengandung 8 bulan. dalam pukul 9.00 kami keluar dan tempat yang dituju adalah taman ICT. bergambar disitu, dan pukul 12 lebih baru kami balik. Setibanya dirumah sewa Atikah, aku terus mencari surau sebagai tempat berehat dan tidur. Maklumlah, rumah sewa adik aku semuanya penghuni perempuan. 
Isnin (14.02.013) :
Seawal 5.30 pagi lagi aku bangun dan bertolak balik ke Melaka dengan Nabihah. Maa balik Terengganu terus dari Shah Alam. Setelah sampai di satu hentian, mata mengantuk sangat. Masa itu jam pukul 6.30 pagi. Aku lelapkan mata dan terjaga pukul 7.15pagi. Kau teruskan perjalanan, tepat jam 8.15 pagi aku sampai di tempat kerja. 

No comments:

Post a Comment