Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, February 21, 2012

Tasik Pasir Gudang (layang-Layang)


Pada 19 Feb 2012 adalah hari terakhir pesta layang-layang sedunia di Pasir Gudang. Pada pukul 3.00 petang aku, isteri dan baby aku Hana bertolak dari rumah di Kebun Teh. Hari mula hujan dan jalan menuju ke Pasir Gudang Jam. Perlahan lahan aku drive kereta dan akhirnya sampai. Orang disana kelihatan berpusu-pusu dan masih ramai walaupun hari hujan. Di padang tiada satu pun layang-layang yang ada di tempat tersebut hanyalah gerai-gerai jualan (Makanan, pakaian, mainan). Setelah berpusing-pusing, perut terasa lapar dan kami menuju ke warung dan terus makan. Semasa makan ada satu booth yang membuat rawatan bekam dan urut kaki. Selepas makan aku mencuba rawatan bekam dengan harga RM15/ point. Hanya 4 point yang aku buat kerana duit hanya ada secukup itu. Tiada apa yang dapat dibanggakan, aku kemasjid untuk solat asar sebelum bertolak balik.

Pesanan: Kalau nak pergi kepesta, majlis jangan last minit, lambat-lambat. kalau kenduri lauk pun dah habis

No comments:

Post a Comment