Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, August 30, 2009

RAYA VS PUASA

Berapa hari dah kita puasa? Berapa ramadhan hari ini? saya rasa sudah tentu tertanya-tantya....terpinga-pinga. Kalau tanya pasal raya je, mesti semua sudah khatam. Belum tanya pasal cuti lagi tu. Semua dah tahu. Tiket dah prepare. Baju raya dah siap.

Bagaimanakah kalau syarikat mengatakan cuti 20 ramadhan dan naik kerja 3 syawal??
sudah tentu ramai yang tidak setuju kan....kalau orang yang beriman, mengejar fadhilat ramadhan, mengejar malam lailatul qadar. ianya adalah cukup sesuai. Kerana malam lailatul qadar adalah 1o hari sebelum raya. 10 malam terakhir ranadhan. Mengejar malam 1000 tahun pahala beribadat.

Iman Syafie memberi petua, hari kita mula berpuasa adalah hari terdapatnya lailatul qadar. Sabtu mula puasa, maka sabtulah malam lailatul qadar 12 september. iaitu malam ke 21. lain pula petua imam maliki dan lain- lain imam.

Kejarlah ibadat, keampunan, taubat pada bulan ramadhan. Jadilah ramadhan bulan permulaan dan sasaran kerja tahunan kita. Kerajaan kan ada SKT (sasaran Kerja Tahunan).

Assalamualaikum wbt.

Tuesday, August 11, 2009

Menjelang Puasa Dan Hari Raya

Yang paling aku menyampah bila hari raya dan puasa menjelma. Aku dapat rasakan kehidupan dan islam telah di pecahbelahkan. Pasal aurat!!!!!!Memang menyampah. Bila puasa je dan menjelang raya, artis-artis mula berpesta menyanyi, menyalak, bertepik dan melolong. Artis perempuan mendedahkan aurat, artis lelaki memakai sampin, songkok.Semata- fesyen. Agama diketepikan....artis2 apakah agama kamu?siapa tuhan kamu?

Wahai Nabi! Katakanlah bagi isteri-isterimu itu supaya mereka melabuhkan (sehingga menutupi ke atas mereka jilbab mereka) (surah al-Ahzab ayat 59) dan firman-Nya lagi yang bermaksud: Tutupilah tudung mereka atas lubang tengkuknya (An- Nur ayat 31).

Dimanakah sambutan dan kemuliaan ramadhan dan hari raya aidilfitri???
Adakah sambutannya dengan berpesta??

Siaran TV telah diatur dengan perkara yang melalaikan. Berapa % sahaja alquran,takbir, dan hal keagamaan yang di isikan dalam TV seharian. Pembukaan TV dan penutup TV adalah dengan alquran dan doa. Tapi ditengahnya adalah penuh kemaksiatan. Umpama dilahirkan dengan azan dan dikebumikan dengan doa.Kehidupan penuh dengan amalan kekafiran.
"Wahai Nabi! Katakanlah bagi isteri-isterimu itu supaya mereka melabuhkan (sehingga menutupi ke atas mereka jilbab mereka) (surah al-Ahzab ayat 59) dan firman-Nya lagi yang bermaksud: Tutupilah tudung mereka atas lubang tengkuknya (An- Nur ayat 31)"