Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, December 16, 2011

Siput Sedut

Teringat semasa di kampung dulu-dulu, selalu je pergi cari dan kutip siput kat sawah. sekarang ni dah tak duduk kat kampung. Apabila nak makan mesti kena pergi pasar. Beli la jawabnya. Sekarang ini harga siput adalah RM7.00 sekilo. Biasanya aku akan beli siput di Kipmart Tampoi, tak pun di Pasar Borong Pandan. Kalau beli sekilo, apabila masak dapat la makan satu keluarga. Siput masak lemak. Memang sedap.

Jika masak siput, isteri aku memang tak akan sentuh dan tak akan masak. Ini kerana dia memang geli dengan siput. Siput kan merayap. Jika suruh juga, boleh bergaduh dibuatnya. Jadi aku lah yang kena masak. Kalau bab makan pulak, isteri aku memang suka. Siap bunyi-bunyi lagi menyedut nya.

Cara Gulai Siput: Tumbuk bawang putih, bawang merah, kunyit hidup, lengkuas, lada burung. Masukkan dalam periuk bersama santan dan daun kadok. Masukkan siput yang telah dibasuh dan dipotong bontotnya atau ponggeknya. Biarkan mendidih dan masak. Masukkan gula, garam secukup rasa. Masukkan sedikit budu untuk tambahkan sedap (bagi orang pantai timur).
Siap untuk dimakan.

Garam Gunung Himalaya

Pada 12 Disember 2011 semasa hendak pergi makan tengahari bersama isteri, aku melalui kawasan gerai makan stesen teksi singapore di Johor Bharu, aku terlihat lampu garam yang agak menarik. Sambil lalu aku mengambil pamplet dan sempat bertanyakan harga. Sambil makan tengahari, sambil membaca pamplet tersebut. Aku begitu tertarik kerana ianya mempunyai kelebihan, fizikal dan warna lampu yang cantik.


Pada 16 Disember 2011 aku pulang dari kerja dan terus keksdai tersebut dan membelinya 2 set. Niat dihati aku adalah untuk menghadiahkan pada sahabat baik aku iaitu Mohd Azham Bin Ahmad yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada 7 November 2011 dan majlis sambut menantu pada 27 November 2011.


Garam Gunung :Terbentuk secara semulajadi sejak ratusan juta tahun, dibentuk secara teliti dan boleh didapati di kawasan gunung di Asia.


Lampu Garam Gunung : Secara kimia, ianya membantu mengimbang & meneutralkan fungsi badan manusia. Menghasilkan dan memberi keseimbangan ion Negetif yang penting untuk kesihatan. Membunuh bakteria dan membersihkan udara.


Sesuai Untuk : Tepi katil, ruang tamu, pejabat, bilik bacaan, bilik terapi & lain-lain


Kebaikan: Mengurangkan serangan asma , Meningkatkan keupayaan tenaga batin , Tidur berkualiti, ketenangan dan keselesaan.

Akuarium Aku...Bela ikan

Dari masa belajar lagi minat dan keinginan mempunyai akuarium dam membela ikan menjadi idaman hati. Setelah sekian lama tidak membela dan mengisi akuarium bulat ini, akhirnya terisi semula dengan dua ekor ikan. Sebelum ini iaitu pada bulan Oktober 2010 aku mula mempunyai akuarium dan membela ikan. Dua belas ekor ikan merah kecil aku bela, tetapi hanya bertahan 4 bulan sahaja. Ikan seekor demi seekor mati. Aku dan isteri terasa sedih. Air dan makanan aku jaga sepenuhnya tetapi nasib tidak menyebelahi. Sejak hari itu aku hanya menyimpan akuarium bulat yang dibeli di Free Zone Stulang dengan mengisinya dengan barang-barang kecil dan syiling.


Pada 13 Disember 2011 aku mula membeli dan memulakan semula minat aku dengan harapan ikan yang aku bela sihat dan membesar. Dengan ikan tersebut, aku boleh tenang dengan merenung dan melihat gelagat-gelagat. Dengan ikan-ikan itu juga aku boleh mengisi masa yang terluang dengan membersihkan akuarium, memberi makan pada ikan dan bermain dengan anak aku Hana Khadijah dengan melihat ikan dalam akuarium.

Saturday, December 10, 2011

Pasang Tile Rumah Sewa 27 Ogos 2011












Setelah aku mendapat izin dari LIM untuk mengambil tile lebih dari tempat kerja NIOSH, aku bawa pulang sedikit demi sedikit. Pada masa yang sama aku bercadang untuk memasang pada rumah sewa aku dengan persetujuan tuan rumah. Pada 27 Ogos 2011 aku bertabyakan pada tuan rumah dan Alhamdulillah bersetuju dengan harga RM55o. Jika nak dikira harga sebenar adalah RM1000.00. Keluasan rumah adalah 360sqf x RM3/sqf=RM1080. Bermula pada hari itu, aku memulakan memasang tile. Bayaran tuan rumah pada aku adalah dengan tolak harga sewa rumah iaitu RM200 pada bulan Sept dan Oktober dan RM150 pada bulan Nov. Dengan ini, beban bayar sewa rumah dapat dikurangkan.


Kerja memasang tile ini adalah senang jika kena caranya. Bagi aku ainya adalah sukar kerana tidak biasa melakukannya. Aku hanya selalu melihat dan memantau orang buat kerja sahaja sebelum ini. Dengan ini, aku tahu kesukaran, kepenatan dan ketelitian untuk memasang tile. Aku memasang sedikit-sedikit dan akhirnya siap sepenuhnya. Pada masa itu, isteri aku berada di kampung Segamat kerana berpantang.

Rezeki hanya dari Allah.

Pertukaraan (Susu Lembu - Susu Isomil soya) 01 Dis 2011

Setelah keluar hospital iaitu pada 9 November 2011, ruam pada muka Hana Khadijah semakin menjadi jadi dan semakin merebak ke bahagian lain. Pada 01 Disember 2011, kajian dan pembacaan dibuat mengenai penyakit pada Hana tidak lain dan tidak bukan adalah penyakit exzeme iaitu penyakit kulit. Melalui pembacaan internet, penyakit tersebut mungkin disebabkan alahan susu lembu. Protein dari susu lembu tidak sesuai untuk bayi dan perlu ditukarkan susu yang tidak berasaskan susu lembu. Dengan itu, keputusan yang diambil adalah menukarkannya dengan susu berasaskan soya.

Produk Berasaskan Nenas

Bermula pada 12 Oktober 2011 aku bekerja di Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, Bandar Baru Uda, Johor Bharu, Johor. Dengan itu, aku berpeluang mengenali dan merasai produk-produk yang dihasilkan daripada buah nenas.


Antara Produk:
Teh Nenas, Kopi Nenas AZ-ONE, Kopi Pra Cammpuran D'PINE, PineApple Juice & Pineapple Slices.



Rasa Juice nenas memang sedap dan airnya pekat. Air teh dan kopi pula rasanya memang sedap dan baunya memang wangi. Membuka selera apabila diminum panas-panas.

Suami & Tukang Masak






1. Ayam Masak Asam Pedas

2.Ikan goreng celup tepung + Sayur lemak kubis,lobak, tauhu, lobak

3. Ikn goreng + Acar bendi + budu + tempoyak

4. Ikan kembung goreng + sayur sawi goreng + Gulai Ayam + budu + kurma

5. Sarapan Pagi Nasi lemak Ayam + Telur Rebus + Sambal Ikan Bilis

6. Gulai Lemak bendi +Ikan Keli Goreng + Kicap Cili Potong + Ayam & Sayur Goreng Kunyit

Friday, December 2, 2011

Tukar Line Telefon Dari line Celcom ke Maxis Prepaid

Sejak dari bulan September 2010 aku mula guna line. Ini kerana pada masa itu aku bekerja dengan syarikat Portland Arena Sdn Bhd dan hanya menggunakan bil sahaja akan boleh kelim. Tetapi aku hanya bertahan 3 bulan dengan syarikat itu. Dengan itu penggunaan telefon tidak terlalu kerap. Untuk talian Celcom, caj sewa line adalah RM50.00 sebulan. Setiap bulan aku menerima bil dari celcom. Jumlah bil adalah sekitar Rm70.00-Rm80.00. Dengan ini menunjukkan penggunaan sebenar adalah sekitar Rm20-Rm30 sahaja sebulan. Selebihnya adalah caj sewa line. Setelah lama sebegitu, aku rasa membazir dan aku bertekad untuk tukar kepada prepaid. Aku ke celcom centre, tetapi jawapannya ia tidak sediakan perkhidmatan tersebut. Aku sedikit buntu dan aku pergi ke kedai telefon untuk bertanya hal ini. Jawapannya pergi ke Maxis Centre dan tukar disitu. Tetapi penukarannya adalah kepada mais prepaid. Dari itu, barulah tukar kepada celcom prepaid.

Pada 29 Nov 2011 aku pergi ke Maxis Center untuk proses penukaran line tetapi malangnya pihak maxis mamaklumkan sebarang bil dari celcom mesti dijelaskan terlebih dahulu. Pada masa itu, aku ketiadaan wang untuk menjelaskannya. Pada 01 Dis 2011 aku pagi pagi lagi menjelaskan bil celcom dan pergi ke Maxis Centre. Alhamdulillah proses berjaan lancar. Sekarang ini aku menggunakan Maxis Prepaid. Caj untuk telefon adalah 35sen untuk minit pertama samaada penggunaannya hanya 1 saat.

Handphone Buat Hal 31.11.2011 & Beli Handphone Baru

Setelah Seminggu memulakan kerja dengan syarikat Usaha Permai Enterprise untuk projek sarang buaya fasa II, Handphone aku mula bermasalah, dengan itu, kerana keperluan aku terpaksa membeli handphone baru walaupun ketika itu aku kekurangan duit. Aku membeli handphone Nokia model ****** dengan harga RM150++ Jun 2009.

Kini 31 Nov 2011, setelah 2 tahun 5 bulan menggunakan handphone tersebut, aku menggantikannya dengan handphone baru Nokia C3. Hanphone tersebut mula buat hal iaitu mati dengan tiba-tiba dan tidak kira ketika. Apabila di ON, lambat sangat untuk boleh digunakan dan kadang-kadang didak boleh di ON. Setelah diberi nasihat oleh isteri maka aku mula niat untuk membeli handphone baru. Pada ketika handphone buat hal, aku belum mendapat gaji, dan kekurangan duit. Maka isteri aku memberi duir RM400 untuk membeli handphone baru. Setelah keadaan handphone lama kritikal masalahnya, aku kekedai telefon di Dangga City Mall dan membeli handphone Nokia C3 dengan harga RM369 termasuk memori card 4 gigabite.


Terima kasih Isteri tersayang Izyan Syazni Aima Bt Mohd Ruzlan.

Try beras mahal-beras wangi siam

Semasa di kampung bersama keluarga beras yang biasa dibeli adalah beras yang paling murah. Ayah selalu beli beras yang murah-murah sekitar RM14.00-RM16.00 sekampit 10kg kerana itu sahaja kemampuan untuk dijamu sekirar 6-7 orang ahli keluarga. Semakin hari harga beras semakin meningkat. Walaubagaimanapun beras tetap juga dibeli kerana ianya adalah keperluan.
Kini aku telah bekerja, dengan duit yang ada aku juga teringin
mengecap dan mencuba beras dan nasi yang lebih mahal dan bermutu seperti orang-orang berduit biasa makan. Seperti nasi yang dimakan dikedai-kedai tertentu yang rasa dan baunya amat berbeza dengan nasi biasa. Yang lebih menambah selera setiap pelanggan. Dengan itu pada bulan 9 2011 aku mula membeli beras yang agak mahal sekitar RM30++, tetapi beras wangi tersebut tidak seperti yang diharapkan. Wanginya dan rasanya tidak banyak berbeza dengan beras biasa. Aku sedikit kecewa. Setelah dua bulan lebih berlalu, beras pun habis. Pada 29 November 2011 setelah mendapat gaji, ekali lagi aku tukar jenama beras wangi. Kali ini, Alhamdulillah rasanya ada perubahan. :)

Aku sekeluaarga hanya 3 orang. Selagi ada rezeki dan kemampuan, aku akan buat yang terbaik untuk aku dan keluarga. Rezeki hanya dari Allah. Yang utama adalah rezeki yang halal lagi baik.

Tukar Jenama Pampers Untuk Hana Khadijah

Ujian Allah yang mendatang aku dan nisteri harus tempuhi dengan kesabaran. Hana khadijah anak sulung aku kali ini gatal-gatal dan ruam pada punggung dan pinggang. Ini mungkin disebabkan dari ketidaksesuaian pampers. Isteri aku menyalahkan aku kerana menukar pampers murah (Dryfirst) dan mengatakan punca gatal dan ruam pada punggung Hana Khadijah. Mungkin ada benarnya kata-kata isteri ku itu. Yang pasti aku nak Hana Khadijah selesa dan sihat selalu. Oleh itu aku menukar semula kepada jenama Drypers untuk keselesaan Hana Khadijah. Sebelum ini, aku gunakan Drypers. Setelah terdapat jenama yang lebih murah iaitu Dryfirst, maka aku tukar kepada jenama tersebut. Harga untuk Drypers adalah RM30 untuk 64pcs=RM0.50/pcs. Jenama Dryfirst adalah 18.90 untuk 78pcs = RM0.25/pcs. Walaubagaimanapun, setelah seminggu pampers drypers digunakan, ruam dan gatal masih belum hilang. Aku sayang sangat pada Hana Khadijah. Sedih jika anak tidak sihat dan sakit.

Peti Ais baru-Rosak Part III

Setelah 2 minggu menggunakan peti ais yang baru ditukar (8 Nov 2011), peti tersebut semakin tidak menyejuk dan bahagian bawah langsung tidak sejuk. Pada bahagian atas pula, air yang beku mula mencair tetapi tetap sejuk. Aku mula menelefon Abang Ahmad yang membaiki dan menjual peti ais tersebut. Pada mulanya dia berjanji akan datang baiki dan jika tidak dapat baiki akan tukar dengan peti ais yang lain. Pada 15 Nov 2011, Abg Mat berjanji nak hantar peti ais pada pukul 3.00 petang. Aku bergegas walaupun waktu kerja. Setelah tunggu tunggu ianya tidak muncul-muncul. Setelah di telefon tidak diangkat dan hanya message yang duiterima memaklumkan trabsport rosak. bermula dari hari itu, sms dan telefon yang aku buat tidak diendahkan. Ada sekali dia memaklumkan dah hantar, tetapi hujan dan tidak boleh meneruskan penghantaran.


Setelah dekat dua minggu berlalu, hati aku dan isteri terasa amat geram. Tiada kata putus dan status mengenai peti ais. Pada 27 November 2011 secara tiba-tiba aku menghantar sms dan dibalasnya dah nak sampai. Pada hari tersebut, peti ais yang tidak sejuk tersebut di tukar dengan peti ais yang lain jenama LG pintu. Alhamdulillah peti tersebut sejuk dan boleh diguna sehingga hari ini.

Starter Bar/Wall Tie


Kepada : Inovasi Kreatif Bina


Per: Tidak menyediakan Starter Bar pada bahagian sepatutnya dan tidak menyediakan Wall tie/dowel pada tiang.


Seperti sedia maklum, untuk kerja-kerja penyambungan RC mestilah menyediakan starter bar untuk tujuan penyambungan seperti apron, tangga dan sebagainya. Untuk kerja batu bata, dowel/wall tie mestilah di sediakan semasa kerja mengkonkrit tiang lagi (cast together).Rujuk note drawing C&S. Walaubagaimanapun, ditapak ianya tidak disediakan (Rujuk Gambar yang dilampirkan):

1. Besi dowel/wall tie R6 600c/c 2. Starter Bar untuk tangga /step bahagian new eating area. 3. Starter bar untuk apron sekitar tandas dan tempaat-tempat berkaitan.


Dengan ini,Pihak kami berharap pihak tuan boleh mengambil langkah yang sewajarnya bagi menyelesaikan masalah ini selaras dengan kehendak C&S. Pihak kami juga berharap penyeliaan pihak tuan ditapak lebih proaktif dan teliti dalam melaksanakan kerja bagi memastikan kualiti dan kelancaran kerja di tapak. Harap maklum


Regards, Mohd Hazupi b Narawi, Clerk of Work, Azhar Jurutera Perunding, 013-7599859, zue_dta@yahoo.c0m