Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, May 23, 2013

Masa Berpantang Selepas Bersalin

 Setelah mencari di internet, aku menemui penjual ikan haruan. Di kempas, jalan seelong dekat dengan masjid atas bukit. Pada malam 20.05.2013 aku pergi kerumah penjual ikan tu. Lama juga bersembang, orang Terengganu rupanya. Dapat la murah sikit beli ikan. Aku borong je RM50.00. Pada masa sekarang ikan haruan memang mahal. Aku pernah tanya di Kipmart Tampoi, seekor seperti dalam gambar mencecah RM50.00. 
Ikan Haruan dibeli Di Kempas
Masakan Ikan Haruan  
Akak Hana Khadijah yang sayang adiknya Syafiyah...ikan bakar pun ada. 
Comelnya adik....Piiiieeyaaah

Isteri Ku Bersalin Anak ke 2 Hana Syafiyah 20.02.2013


20.02.2013 (Rabu)
          Pada pagi 20.02.2013 Isteri aku Ayu beritahu perutnya sakit dan dah rasa keluar air ketuban. Pada masa itu aku di Melaka kerana handle projek buat sekolah rendah. Dengan berita itu aku terus berkemas barang dan balik ke JB. Sememangnya aku telah bersedia untuk balik kerana Ayu aku memang telah sarat. Dengan menggunakan Nimota Max 150cc, pukul 8.00pagi aku bertolak dan sampai di Johor Bahru pada pukul 10.40pagi. (motor scramler mana laju).  Apabila sampai di rumah, aku mendapati rumah berkunci dan Ayu tiada di rumah. Aku dah naik risau dan terus menelefonnya. Dia kat pejabat rupanya. Sakit-sakit pun pergi kerja. Aku ingatkan Ayu pergi hospital sendiri. Aku terus ke pejabat Ayu, selesai urusan Ayu di pejabat jam 11.30pagi aku bertolak ke Hospital Sultan Ismail (HSI). Dari pukul 12.00tengahari Ayu berada di bilik saringan dan pada pukul 12.45 nurse memanggil nama aku suami pada Izyan Syazni Aima dan menyuruh aku sediakan pakaian baby dan lain-lain keperluan. Nurse juga suruh aku register masuk wad bersalin. Aku turun ke tingkat bawah dan register, kemudian aku ambil keperluan Ayu dan keperluan baby dalam kereta. Hati aku tidak berhenti berdoa supaya dipermudahkan segala urusan, isteri dan baby yang dilahirkan sempurna dan selamat. Selepas itu aku aku mengisi borang kebenaran menemani isteri aku di bilik bersalin. Aku menemani isteri aku sepanjang berada dibilik tersebut. Aku tinggal hanya seketika untuk solat zohor. Aku dapat melihat dan merasai apa yang dirasai oleh Ayu ketika itu. Akhirnya Ayu memberitahu nurse yang baby dah nak keluar dan .........
          Jam 5.08petang, baby perempuan kami selamat dilahirkan. Setelah baby dibersihkan oleh nurse, aku azan dan dan iqamat pada telinga anak aku. Jam 6.30ptg, selepas isteri aku dirawat, nurse menghantar ke wad  4C-26. Kemudiannya dipindahkan ke wad kelas II 4C-6 (1 bilik 4 katil). Seperti biasa, waktu melawat telah tamat iaitu jam 7.00 malam, pihak hospital tidak dibenarkan pelawat berada di wad. Dengan rasa berat hati aku melangkah keluar meninggalkan Ayu dan baby dan balik kerumah. 

21.02.2013 (Khamis)
           Pada keesokan, pukul 9.00 pagi aku pergi ke hospital untuk menghantar keperluan Ayu dan Baby iaitu pampers, tisu lembap, berus gigi dan mengambil pakaian yang kotor untuk dibasuh. Pada jam12.30 tengahari aku datang lagi dan nurse beritahu Ayu dan baby dah boleh keluar :) syukur. Pukul 02.15 kami melangkah keluar setelah selesai segala urusan di hospital. Ayu akan berpantang di Segamat. Untuk memudahkan kerja dan urusan pemeriksaan baby, aku terus ke klinik Kesihatan Larkin dan tiba pada jam 3.00 petang untuk memaklumkan akan berpantang di Segamat. Setelah selesai, kami balik kerumah.

22.03.2013 (Jumaat)
          Pada pagi itu, aku keluar rumah jam 11.30pagi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk urusan pendaftaran dan nama baby yang dipersetujui bersama adalah HANA SYAFIYAH BINTI MOHD HAZUPI. Jam12.07 tengahari aku sampai di JPN dan urusan selesai pada jam2.45petang. Lambat kerana hari jumaat, pejabat tutup awal. Aku solat jumaat di masjid berhampiran (belakang petronas kempas). Dikesempatan masa yang ada, jam 3.30 petang aku ke pejabat SPWSB seketika dan balik kerumah.

23.02.2013 (Sabtu)
          Jam 10.30 pagi aku bertolak balik Ke Segamat dan pada 12.45 tengahari kami singgah di Bekok rumah Kak Nor sepupu aku. dapat juga aku menghilangkan penat dan menguar-uarkan kelahiran anak ke2 aku. Pada jam 2.15petang aku teruskan perjalanan dan tiba pada 4.45 petang dirumah Mak metua aku Palong Timur.

24.02.2013 (Ahad)
          Jam 10.00pagi nurse datang dan membuat pemeriksaan pada Hana Syafiyah. Nurse arahkan baby dihantar ke hospital kerana ada tanda tanda sakit kuning. Pada pukul 2.00 petang, aku, Ayu aku dan Abah ke hospital Segamat dan tiba pada pukul 3.00petang. Setelah 2 jam, result ujian darah diketahui. Alhamdulillah baby tidak ditahan di hospital.Setelah selesai, aku balik ke JB dengan menaiki bas untuk mengambil motor dan ke Melaka kerana bekerja. 

Isteri Tercinta semasa Sarat Menganding anak ke 2 (20.02.2013)

Sekali pandang macam tak mengandung, dua kali pandang dah boyot rupanya perut dan nak bersalin dah ni. 
Manisnya senyum isteri Abang. 

Jamuan Hari Jadi Anak Kak Zai (Kawan Ayu) -Weekend

Dikesempatan hari minggu, aku dari melaka balik ke JB. Kebetulan kawan isteri aku ada buat majlis hari jadi anaknya. Kak Zaidah di Skudai Kanan, susur barli Taman Baru Uda. Masa ni, Ayu tengah sarat mengandung anak kedua. Hana khadijah tiada masa ni kerana Nenek dia ambil dan berada di Segamat. Ayu dah tak larat nak jaga Hana. Dah 8 bulan. :)
Macam macam makanan ada, mee goreng, mee kari, mmmm banyak la, lupa dah.hehe

Balik Johor dari Melaka Raya Cina

Dari Melaka aku dan adik aku nabihah bertolak  balik Johor Bahru dari Melaka. Sampai je merlimau terasa bergegar lain macam je. Bau hangit dan aku terus ketepi jalan, rupanya tayar pancit. Apa lagi, tukar la tayar..berpeluh peluh. Setelah selesai, aku teruskan perjalanan dan sempat singgah bergambar di Sarang Buaya Batu Pahat.  
Sampai rumah je malam, jauh perjalanan dan mengambil masa yang lama kerana tidak melalui HIgway. Ikut jalan bawah je. Tak nak kena bayar tol katakan. 

Zoo Johor 20.05.2013

Pada hari ahad 20.05.2013 aku, Hana Khadijah dan adik aku Nabihah meluangkan masa bercuti ke Zoo Johor. Walaupun ianya tidak besar tetapi ianya cukup untuk menghiburkan dan meluangkan masa bersama anak sulong yang inginkan kasih sayang seorang ayah. Apa boleh buat, aku bekerja di melaka dan hanya balik seminggu atau 2 minggu sekali. Penjagaan anak-anak semua atas isteri aku. Besar pengorbanan isteri aku. Pada hari tu, isteri aku tidak ikut skali kerana menjaga Hana Syafiyah yang baru berumur 3 bulan. Ialah susah berjalan ada anak kecil ni, panas dan menangis jika nak susu. 
Hana tengok apa tu? engok ura ura ayah......
Ayah nak dukung.....
mmm....nak aayer
Tengok tu ada Unta.....ada ayam belanda.....
Ayah....Hana tak penat pun  naik tangga....turun tangga.....
Ibu...... Hana gi zoo dapat tengok tapir, tengok singa, tengok burung, tengok rusa, tengok kuda, tengok harimau, tengok buaya, tengok orang utan, tengok ular, tengok tupai, tengok burung bangau. Satu je tiada ibu.....mmm gajah. 

Gembira tengok Hana Khadijah ceria, nak berjalan sendiri. Tengok tu, turun tangga dan naik tangga. Kejap berjalan sana, kejap berjalan sini. Tak dihiraukan panas. Lepas jalan jalan, dahaga rasanya. Beli air kotak. Hana Khadijah yang paling suka minum.