Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Tuesday, February 21, 2012

Perkahwinan En Fairus Di Melaka (Kawan Ayu)




Pada hari minggu 6 Feb 2012 aku dan isteri ke melaka untuk kenduri kawan sepejabat isteri aku. Bertolak dari rumah pukul 1.00 tgh hari dan tiba disana pukul 3.00 petang. Majlisnya dibuat di sebuah shalet. Selepas majlis, kami ke Tanjung Emas berhampiran sungan imuar untuk bersiar-siar. Keadaan sedikit tenang kerana Hana Khadijah tidak ikut bersama. Emak isteri aku dah ambil dan buat balik segamat. Setelah hari petang, aku bertolak ke Segamat melalui Tangkak dan sampai pada pukul 7.30 malam.

Tasik Pasir Gudang (layang-Layang)


Pada 19 Feb 2012 adalah hari terakhir pesta layang-layang sedunia di Pasir Gudang. Pada pukul 3.00 petang aku, isteri dan baby aku Hana bertolak dari rumah di Kebun Teh. Hari mula hujan dan jalan menuju ke Pasir Gudang Jam. Perlahan lahan aku drive kereta dan akhirnya sampai. Orang disana kelihatan berpusu-pusu dan masih ramai walaupun hari hujan. Di padang tiada satu pun layang-layang yang ada di tempat tersebut hanyalah gerai-gerai jualan (Makanan, pakaian, mainan). Setelah berpusing-pusing, perut terasa lapar dan kami menuju ke warung dan terus makan. Semasa makan ada satu booth yang membuat rawatan bekam dan urut kaki. Selepas makan aku mencuba rawatan bekam dengan harga RM15/ point. Hanya 4 point yang aku buat kerana duit hanya ada secukup itu. Tiada apa yang dapat dibanggakan, aku kemasjid untuk solat asar sebelum bertolak balik.

Pesanan: Kalau nak pergi kepesta, majlis jangan last minit, lambat-lambat. kalau kenduri lauk pun dah habis

Permainan Hana (Buat Sendiri)




Ini adalah permainan gantung-gantung yang aku buat sendiri yang bermodalkan RM15. Gelung aku beli do Giant dengan Harha RM10 dan mainan lain tu aku gantung je. Terpulang pada individu untuk menggantung apa pun, asalkan ianya jadi mainan. Permainan seperti ini jika ditengok di pasaraya atau kedai-kedai ianya mencecah RM100. Alangkah jimatnya jika kita membuat sendiri dengan kreativiti tersendiri. Berjimat cermat amalan MULIA.

Sunday, February 19, 2012

Balik Terengganu 21-29/01/2012 9 (Raya Cina)


Setelah sekian lama tidak balik ke kampung, akhirnya dapat juga balik ke kampung. Dengan pelbagai rintangan dan perancangan.

1. Pergi Rumah nenek Ayu di Kampung Bukit Pasir Putih
2. Pergi Rumah Cik Nab di Kubang Kerian
3. Buat Aqikah Hana Khadijah
4. Belarok Pak saudara Di Pehi, Kuala Krai
5. Kenduri Kahwin Pak saudara
6. Pergi Rumah Kak Je di JKR 10 Kota Bharu
8. Singgah Rumah Pok muda di Kemanan
9. Pergi rumah Mokchik Gong Lilit.
10. Pergi jumpa bidan untuk tengok Hana Khadijah.

Rasa 10 hari cuti amat sekejap.

Sepagi Di Laman Tasik Pandan



Seperti biasa, pada hari minggu aku dan isteri akan membuat perancangan, kemana hendah pergi hari minggu ni. Biasanya kami akan lebihkan masa pada aktiviti santai dan riadah. Kadang-kadang ke Taman, hutan Bandar, ke tasik dan seumpamaanya. Dan kadang-kadan kami akan balik ke kampung segamat. Ada juga kami akan ke rumah nenek di Ulu Tiram. Jika ada majlis kenduri kahwin, kami akan meluangkan masa untuk kekenduri tersebut.