Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, November 5, 2011

Raya Aidil Adha 2011 di Johor


Perancangan Allah adalah sebenar-benar perancangan. Hari raya Aidil Adha tahun 2011 kali ini disambut di Johor Bharu dengan anak ditahan di HSI. Perancangan adalah untuk menjalankan aqiqah untuk anak sulung Hana Khadijah. Tetapi perancangan hanya perancangan. Daging lembu yang ditempah di jadikan qurban oleh maa di kampung, Terengganu.

Pada hari raya Aidil Adha tersebut, aku solat sunat di masjid Kg Kurnia berhampiran dengan rumah sewa aku. Setelah selesai, aku balik kerumah dan tidak tahu untuk buat apa. Raya terasa hambar. Seperti di kampung aku Terengganu, apabila hari raya aodil Adha, selepas solat sunat mesti akan pergi ke tempat sembelihan lembu untuk gotong royong menguruskan qurban.


Aku mula meronda mencari tempat-tempat yang menjalankan ibadat korban untuk menyertainya. Pertamanya aku ke masjid Kg Kurnia. Ada korban dilakukan dan aku hanya tunggu di luar pagar. Pada masa itu, aku melihat yang terlibat dengan korban memakai baju khas dan seragam. Dengan itu aku berasa segan dan beredar dari situ dengan perasaan hampa. Aku meneruskan lagi ke surau Taman suria tetapi tiada ibadat korban dilakukan disitu. Aku teringat Kg Melayu Majidee dan terus kesana. Disana memang ada korban dilakukan dan aku terus menyibukkan diri. Aku berpeluang menyertai dan menolong program yang dijalankan disitu. Setelah menolong dan aku berpeluang menjadi PETUGAS. Aku bersyukur sangat dan hati gembira tidak terhingga.

Dari pukul 10.00 pagi sehingga 5.30 petang 15 ekor lembu selesai disembelih, dilapah, di potong dan dibahagikan kepada yang sepatutnya. Aku mendapat 1 kg daging korban, 1 kg daging sumbangan masjid untuk petugas dan 1 plastik tulang.

Thursday, November 3, 2011

Jom Derma Darah 03 Nov 2011

Ini bukannya kali pertama aku menderma darah. Mungkin sudah tiga kali aku menderma darah. Kali terakhir aku menderma darah adalah di uiversiti (UTHM) dahulu. Tahun akhir aku belajaar adalah tahun 2009. Sekarang 2011, sudah 2 tahun lebih masa berlalu tetapi terasa begitu sekejap.


Setelah empat hari aku berulang alik ke Hospital Sultan Ismail. Tiba pada hari ini iaitu hari khamis 3 November 2011 ada program menderma darah di lobi hopital tersebut. Pada awalnya aku buat macam biasa sahaja dan tidak terasa pun untuk menderma darah. Menderma darah ini bagi aku adalah perkara yang biasa kerana aku perbah menderma. Aku tidak berasa bangga dengan menderma darah kerana ia perkara biasa. Tetapi apabila aku memikirkannya, dari 2009 sehingga sekarang aku begitu liat untuk menderma walaupun peluang sentiasa ada dimana-mana. Aku terfikir sejenak. Kenapa aku tidak menderma
darah!.. Wahhal ianya tiada masalah bagi aku.


Dengan itu aku terus membuat pendaftaran. Setelah pemeriksaan dan data yang sepatutnya diambil oleh doktor, pendermaan dimulakan. Data diperolehi, darah aku adalah B, Tekanan darah adalah 110, 66. Kepekatan darah pula adalah 15.6. Berat aku adalah 65kg. Setelah 10 minit, semuanya selesai dan aku diberi beg cederahati berisi air kotak dan kuih.


Kemudian aku terus ke Was 8d iaitu wad anak aku untuk ambil pakaian yang kotor untuk dibasuh. :) Menderma bukannya susah. Diri kita yang menentukan.

Tuesday, November 1, 2011

Anak Kesayangan Aku Ditahan Di Hospital

Assalamualaikum wbt.

Hati ibu mana yang tidak tersentuh apabila anaknya sakit, anaknya tidak sihat, anaknya menangis tidak berhenti menggambarkan kesakitan yang dialaminya. Lebih sedih pabila kita tidak tahu apa dan dimana sakitnya itu. Semua akan rasa tidak kena. Dari pukul 10.00 malam sehingga 6.00 pagi iaitu Hana khadijah anak aku tidak berhenti menangis. Ayah dan ibu mana boleh menahan air mata melihat keadaan anaknya sebegitu. Dalam hati dan bibir hanya terungkap secebit doa pada yang maha Esa supaya di jauhi dari perkara yang tidak diingini. Beberapa kali aku melihat isteri aku menangis teresak-esak. Aku hanya mengusap-usap kepala, bahu dan mengelap titisan air mata menandakan supaya bersabar dan kuatkan semangat. Dengan kejadian ini, isteri aku tidak dapat bekerja dan mengambil cuti.

Semasa dirumah, apabila kami balik dari klinik Seri Alam Kg Melayu, Hana ditidurkan. Seberapa ketika kemudian Hana mulai menangis. Seperti biasa, apabila Hana menangis, ibunya akan beri susu. Walau diberi susu dan didodoi, Hana masih menangis. Seberapa ketika, aku dan isteri telah perasan ada bengkak lembut pada belakang kepala Hana tetapi ianya kecil. Kami cuba tidurkan Hana secara mengiring tetapi Hana tetap menangis. Kami mulai risau dan mensyaki ada perkara yang tidak kena. Pada pukul 1.00 pagi, badan dan kepala Hana mulai panas. secara tiba-tiba badannya panas dan bengkak pada belakang kepalanya semakin besar. Semasa di klinik Seri Alam tadi, doktor mengesahkan Hana tidak demam. Dengan kerisauan, aku dan isteri membuat keputusan untuk ke Hospital Sultan Ismail bahagian kecemasan. Sepanjang disana, Hana menangis dan isteri aku mendukungnya secara berhati-hati supaya bahagian belakang kepala tidak tersentuh. Untuk keadaan yang lebis selesa, Hana diletakkan meniarap pada dada ibunya secara berhati-hati kerana tengkuk Hana belum betul-betul kuat lagi.

Lebih menyedihkan kami apabila melihat Hana menangis sekuat kuatnya semasa nurse mengambil darah pada tangannya, jarum dicucuk pada urat atas tangan dan nurse menekannya supaya darah keluar. Kami melihat dengan penuh kasih sayang. Ikutkan aku, memang tak bagi buat begitu pada anak aku. Tetapi keadaan yang memaksa. Darah yang diambil bukanya sedikit tatapi banyak iaitu separuh dari tabung uji. Sayang sangat kat Adik Hana Khadijah.

Selama berada di hospital, lebih kurang 8 kali di cucuk jarum ditangan dan dikaki tempat untuk dimasukkan antibiotik. Walaubagaimanapun kami tetap bersyukur kerana ada lagi yang lebih teruk di wad tersebut. Ujian yang Allah beri pada orang lain adalah lebih berat dari kami.

30 Okt 2011
9.00 malam-Ke klinik sri Alam Kg melayu minta ubat ruam dan disahkan tidak demam. 10.00 malam-Tiba di rumah dan Hana ditidurkan atas bantal dan tergolek kebawah. Kemudian Hana mula menangis, tidak tidur-tidur walaupun pelbagai cara kami usaha.
31 Okt 2011
12.00 malam-Isteri aku ternampak ada bengkak kecil pada kulit di bahagian belakang kepala, macam ada air di dalam kulit kepala. 1.00 pagi -Badan dan Kepala Hana mula terasa panas, Hana menangis tidak berhenti. 2.00 pagi- Kami buat keputusan pergi ke Hoispital HSI bahagian kecemasan. 2.30 pagi-Tiba diospital dan buat pendaftaran. 2.45 pagi-Hana disahkan deman dengan suhu 38.1 darjah, Hana di suntik ubat deman di punggung. 3.30 pagi-Bilik no 3, berjumpa doktor dan periksa sakit di kepala. Nurse ambil darah untuk ujian. Hana menangis sekuat hati. Mengalir air mata kami sebagai ibu bapa pada Hana. 4.15 pagi-Disahkan terdapat jangkitan kuman. 5.00 pagi-Dipindahkan ke wad 8D dan ditahan, dimasukkan antibiotik menggunakan mesin 1 hari 4 kali dengan 1 jam setiap sesi. 6.00 pagi-Demam dan panas pada badan Hana hilang. Hana boleh tidur dan kami berasa sangat lega. 8.30 pagi-Aku balik rumah dan pergi bekerja. 3.30 petang-Isteri aku bagitahu, Adik Hana demam semula. 7.00 malam-Aku pergi ke hospital dengan membawa keperluan Isteri dan Hana Khadijah (Lampin, baju, seluar, susu dll) & aku tidur di hospital menemani isteri dan Hana.


01 Nov 2011
7.00 malam-Aku hantar pakaian dan keperluan dan ada berita dari doktor mungkin doktor akan membuat pembedahan kecil membuang bisol dikepala adik esok, tetapi ianya perlu pengesahan pakar kerana umur hana baru 2 bulan. Hana perlu puasa 6 jam sebelum pembedahan. Isteri aku bagitahu Hana akan diberi ubat tidur.

02 November 2011
12.30 Tengahmalam - Setelah makan dikedai Kg Kurnia, aku pulang kerumah dan bersiap ke Hospital untuk menemani Hana dan Isteri. 1.15 pagi- Aku bertolak ke hospital. 1.35 pagi - Tiba di hospital dan dibenarkan masuk, dapat tengok adik Hana, Rindu sangat, isteri dan adik lena tidur. Aku merenung pada wajah anak aku. aku cium puas-puas. Kepalanya aku usap. Mulutku sentiasa berdoa supaya Hana cepat sembuh, sihat dan cepat besar. Kasihan melihat isteri aku tidur di kerusi. Dengan lembut aku cium dahinya. Kuat semangat seorang ibu pada anaknya sehingga aku pun dikalahi. 6.00 pagi-Isteri aku suruh jaga adik Hana kerana nak pergi solat dan mandi. 6.45 pagi - Aku ke surau dan mandi. 7.30 pagi - Menemani isteri dan adik. 7.45 pagi - Sarapan bersama, mee kari dari hospital. Nurse tukar alas tilam dan kemas katil. 8.00 pagi- ItalicNurse datang check Hana. 8.15 pagi- Adik Hana perlu diambil darah dan dipasang Jarum tiub untuk masukkan antibiotik. Semasa memasang jarum, adik Hana Menangis lagi. Sakit. 8.30 pagi-Aku keluar dan pergi kerja. 9.29 pagi - Isteri aku message bagitahu, nanah kat kepala adik dah dibuang. Banyak nanah kata doktor. Adik menangis masa buang tu je.

03 November 2011

Pemeriksaan doktor dan rawatan diberi seperti biasa pada anak aku Hana Khadijah. 11.30 malam- Setelah baalik dari kelas bahasa inggeris, aku telefon Maa di kaampung dan terus ke hospital. Apabila saampai, perut terasa lapar dan aku pergi makan di kedai mamak (Sup Campur + Nasi).


04 November 2011

12.15pagi - Aku masuk ke wad 8D dan dapati isteri dan anak akub dah tidur. 1.45 pagi - Aku keluar dan tidur dalam kereta sambil mendengar radio. 3.00 pagi- Radio kereta mati & aku dapati bateri habis. Start kereta tak hidup. 7.30 pagi- Minta pertolongan dari driver teksi untuk jumper dan start kereta "hidup".8.30 pagi- sampai rumah, Mandi & hantar baraang dapur ke pejabat Isteri. 9.26 pagi - Isteri memaklumkan Hana tidak dibenarkan pulang. Kena sambung antibiotik. 6.00 petang- balik kerja, bersih rumah & basuh pakaian Isteri dan Hana


05 November 2011

4.00 pagi- Pergi kehospital melawat Isteri dan Hana setelah pakaian yang dijemur kering. 7.30 Pagi- Balik rumah dan basuh kain Hana & Isteri.

Peti Ais Rosak (Keluar Gas) Part II


23 Okt 2011 (10.30 malam) ada orang baiki peti ais telefon dan bertaanyakan masalah dan apa yang rosak. Dia bagitahu dia sibuk dan akan datang jika free. Aku mengiakan je. Ye lah! Setelah menunggu isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat dan sabtu. Tiada juga orang yang datang baiki. Isteri aku bertanya juga. Tetapi aku bagitahu ianya bukannya keperluan sangat. Barang-barang bersepah di bahagian dapur dan semuanya tidak terurus. Main pakai longgok je.
30 Okt 2011 (11.00 Pagi) Aku seperti biasa apabila hari minggu aku ambil peluang untuk tidur dan bangun lambat. Dalam pukul 11.00am ada orang telefon dan bagitahu nak baiki peti ais. Aku tanya bila nak datang? rupanya dak kat depan rumah. Dengan situasi itu, aku dan isteri kelam kabut kemas apa yang patut terutamanya tilam dan bantal yang masih terbentang diruang tamu. Bermula pada masa itu, peti ais aku dibaiki oleh Abang Ahmad. Lubang di welding dan usaha terus usaha, tetapi ianya tetap belum berjaya kerana ada minyak dan air dalam saluran gas.
30 okt 2011 (1.05Petang) Abang Ahmad dan isteri balik kerumah untuk ambil sejenis cecair sebagai gam. Setengah jam kemudian dia datang dan mulakan kerja menampal lubang. Peti ais dibawa ke luar rumah untuk m emudahkan kerja welding. Cubaan demi cubaan dibuat. Lubang berjaya ditampal. Setelah sejuk, gas dimasukkan. Tetapi keadaan tidak mengizinkan. Bocor lagi!! Kerja menanpal diteruskan lagi. Aku rasa mengantuk dan baring diruang tamu. Setelah petang dalam pukul 4.00 Petang Abang Ahmad dan isterinya keluar lagi. Katanya untuk membeli rod welding yang kasar dan besar sikit. Rod yang ada kecil dan tidak dapat untuk menampal lubang. Setengah jam kemudian abang ahmad datang dan mulakan kerjanya menampal. Setelah pukul 6.00 petang aku dikejutkan oleh isteri aku. Abang Ahmad dan nak balik. Aku bergegas keluar dan tengok peti ais. BELUM SIAP RUPANYA. Abang Ahmad explain-explain. Dia bagitahu kalau nak tampal boleh, nanti dia datang lagi. Option:
1)Nak tampal boleh tetapi takut bocor tempat lain sebab banyak bekas kena cucuk
2)Tampal boleh, takut rosak compressor sebab takut dah masuk air (kos comptrssor RM180)
3)Kalau nak tukar coolen boleh (RM230) tetapi tak jamin compressor
4)Nak beli secondhand dia ada, peti 2 pintu dengan harga RM400


Setelah berbincang, dengan memikirkan risiko yang akan ditanggung. aku membuat keputusan membeli peti secondhand dengan harga RM400 termasuk RM30 untuk perkhidmartan welding dan RM30 aku jual peti aku yang rosak tu.
31 Okt 2011 (3.30 Petang) Peti ais yang dijanjikan dihantar. Bayaran cash RM400. Sekian untuk cerita peti ais aku yang rosak. Oleh kerana skru driver dan lubang sebesar lidi. Duit aku terpaksa melayang RM400.