Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, October 30, 2011

Laptop dicuri, Kereta dipecah

Singgah Pasar Malam
Upi upi upi..., nak masak apa malam ni? Kita tak payah masak la ek malam ni. Ada pasar malam kan kan. celoteh isteri aku semasa aku drive kereta pulang dari kerja. Jam menunjukkan pukul 7.20 malam. Manalah tempat aku nak parking kete ni. Keadaan jalan di Kg Melayu Majidee apaabila isnin malam memang sibuk. Setelah aku menyusur jalan mencari tempat parking, aku berhenti di Jalan Pemuda iaitu agak jauh sedikit dari pasar malam. Kawasan agak gelap tetapi berhadapan dengann rumah orang. Aku terus tarik hand breek, off lampu dan parking. Aku dan isteri terus ke pasar malam kira-kira 15 meter dari kereta. Setelah meronda-ronda mencari selera. Mee dan nasi goreng dibeli. Seperti biasa kegemaran isteri aku adalah Hati ayam tidak dilupakan. Masa menununjukkan waktu Magrib sudah lewat. Aku dan isteri bergegas ke kereta untuk balik kerumah. Semasa berjalan dengan hati lapang, aku tengok ada sekumpulan remaja berkumpul berhampiran kereta aku. Isteri aku bertanya dan menyatakan kerisauan dengan remaja melepak disitu. Aku pun ada merasa tidak selesa dengan remaja yang melepak disitu tetapi aku teruskan juga ke kereta dan melalui remaja tersebut.

Kereta dipecah & Lapoto Dicuri
Tanpa memperdulikan remaja tersebut, aku memicit butang pada kunci kereta " toit" "toit" untuk buka lock pintu. Dengan spontan, remaja-remaja tersebut bertanya, Ni Kereta Abang? aku menjawab slumber je..A'a.. Kereta abang kena pecah bang. Aku buka pintu kereta dan aku terpandang kaca bertaburan di atas seat. Cermin pintu belakang dipecahkan. Pada masa tu aku terus terfikir pasal laptop yang aku tinggal dalam kereta. Jenama Asus & Jenama Hp Compact. 2 biji beb!!. Aku terus selak bawak lukisan A1 dan A3 iaitu lukisan projek Ubahsuai Open Universiti Malaysia di Stulang Laut. Aku dapati masih ada sebiji. Iaitu laptop Asus masih selamat. Laptop Hp compact adalah laaptop syarikat Portland Arena s/b yang dipinjamkan untuk urusan kerja. Aku termenung seketika memikirkan nasib, kecuaian, kerisauan mengenai kemalangan yang menimpa. Tetapi aku bersyukur kerana Laptop tidah hilang kedua-duanya wahhal ianya diletakkan berhampiran. Isteri aku sudah marah-marah dan membebel kerana kecuaian aku. Dari cerita remaja yang ada disitu, pencuri tersebut telah dikejar oleh mereka tetapi tidak dapat ditangkap, hanya selipar pencuri sahaja yang tertinggal disitu.

Laporan Polis & Barang Hilang


Dengan rasa kesal dan tertekan, aku dan isteri membersihkan kaca dan terus ke balai polis Kg Melayu. Kami membuat laporan dan balik kerumah. Setelah diperiksa dan diingati, selain laptop, kamera digital bil-bil dan Delivery Order dari Hardware dan Speed Clean juga hilang kerana iainya aku simpan dalam beg laptop tersebut. Bil-bil, DO dan laptop itu adalah hak syarikat. Anggarn kehilangan adalah RM2000. Oleh itu aku dipertanggungjawab untuk menggantikannya. Bagaimana aku nak bagitahu Boss??

Ganti Laptop pada Portland Arena s/b
Keesokkan harinya aku bekerja seperti biasa. Aku memaklumkan hal ini pada En Hanip iaitu senior engineer. dia terkejut dan menyuruh aku memaklumkan hal ini pada Kak Liza (aaccountant). Aku dengan rasa berat hati memaklumkan hal ini daan membincangkan bagaaimana untuk menggantikannya dan cadangan aku adalah dengan pemotongan gaji sedikit sedikit. Tetapi sebarang keputusan adalah ditangan Boss En Izz Mikael.

Keadaan kerja yang penuh dengan tekanan, tidak ceria, kepenatan dan masa bekerja tidak menentu aku membuat keputusan muktamad untuk berhenti serta merta. Aku berhenti setelah gaji bulan disember dimasukkan dalam akaun aku. Aku dapati gaji aku hanya sebanyak RM900++. Aku terkejut dengan jumlah tersebut kerana gaji aku adalah RM2500 dann basic RM1800. Dengan tanpa membuang masa aku menelefon Kak Liza supaya fax slip gaji aku. Dari statment tersebut aku dapati gaji aku adalah RM1800 dan bukannya RM2500. Dari gaji tersebut KWSP RM216 dan potongan Laptop RM600. Sekali lagi aku menelefon Kak liza dan bertanyakan kenapa potong RM600 tanpa memberitahu dan kenapa gaji RM1800 bukannya RM2500. Kak liza bagitahu Jawatan aku belum conform lagi.

Setelah aku berbincang mengenai penggantian laptop dengan isteri, kami bersetuju menyerahkan Laptop ASUS (RM1899) sebagai ganti pada Laptop HP Compact (RM1599) yang hilang walaupun harga Asus lebih mahal dari HP . Keputusan ini supaya aku tidak terasa terbeban dengan membuat pembayaran kewangan. Aku harapkan diut yang gaji yang dipotong RM600 dikembalikaan tetapi tunggu hanya menunggu. Setelah 15 hari aku berhenti, aku terima satu surat menyatakan supaya aku membayar pampasan RM899.00 kerana berhenti tanpa notif 14 hari. Kerana aku takut aku dikenakan tindakaan makhamah, aku akur dengan nilai tersebut. Setelah membuat kira-kira, Nilai tersebut menyamai nilai duit yang aku tidak kelim seperti Tol dan petrol pergi balik ke Shah Alam sebanyak 3 kali dan RM600 duit gaji yang dipotong.


Pesanan : Jangan main pakai cabut je kalau nak berhenti kerja. nanti kena bayar pampasan. Sebarang hutang dan harta syarikat kena pulangkan dan ganti sewajarnya. Kalau ingkar,kita boleh dikenakan tindakan makhamah. Orang berduit boleh buat apa sahaja pada orang yang tidak berduit. Sekian

Saturday, October 29, 2011

Kerja Kilang & Di Peras Ugut Di Angsana (2003)

Kisah ini adalah kisah semasa aku bekerja kilang di Johor Bharu. Ketika itu usia aku adalah 17 tahun. Aku bekerja kilang kerana pada masa itu aku telah habis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysi (SPM). Peperiksaan SPM adalah bulan 11 2002 dan selepas itu kebiasaannya akan terdapat cuti yang panjang sesbelum dapat sambung belajar pada bulan Jun 2003.

Kerja Kilang PCA & JCY Kangkar Tebrau
Setelah mendapat kata sepakat antara kawan-kawan iaitu Mizan, Zulfakar, Din, Nik Mohd marwan, Baha, Lias dan Ahmad aku bertolak ke Johor Bharu untuk bekerja kilang. Peluang kerja kilang tersebut diperolehi daripada aku kerana aku mengenali Abang Jais & Kak Azilah yang mengendali pekerja kilang. Abang Jais & kak Azilah adalah saudara Akak aku Kak Norizan yang tinggal di Kota Bharu. Pada awal-awal sampai kesana iaitu sebelum mula bekerja kami tinggal di rumah saudara Mizan di Kangkar Ayam. Semasa di sana kami serba kekurangan dengan keadaan rumah yang sempit dan duit poket yang sedikit. Kami disana masak sendiri sehinggakan bahan dapur rumah tersebut semakin kering tetapi kami membeli ganti. Nasib baik tuan rumah tidak berkira. Sebelum kami mula bekerja, kami selalu lepak dirumah & tengok tv. Kadang-kadang kami keluar berjalan dengan berjalan kaki kerana tiada kenderaan sehinggakan sesat jalan (sampai lewat pagi). Lebih kurang 10 hari disana, kami risau kerana kerja belum ada dan duit berlanja makin kurang. Kami selalu berbual-bual mengenai gaji nanti. Ada yang ingin beli motor dan ada yang ingin beli handphone.
Pada suatu hari, Abang Jais kami membawa kami ke sebuah kilang iaitu Kilang Elektronik PCA &JCY. Disitu kami mula bekerja tetapi tidak pada tempat yang sama. kami dipecahkan mengikut kekosongan. Sejak dari itu kami mula bekerja dan jadilah pekerja kilang. Setelah 2 minggu bekerja, ramai yang merungut kerana kerja penat, tidak cukup rehat, kotor, lenguh-lenguh badan, tidak dapat duduk dan sebagainya. Sejak dari itu, Aku dan Baha sahaja yang dapat bertahan. Apabila gaji pertama dapat iaitu setiap 15 haribulan, aku menikmatinya iaitu RM900++ dengan gaji RM34 sehari. Gaji kawan-kawan yang lain Abang Jais bagi pada aku. Itulah kali pertama aku pegang duit banyak iaitu kira-kira 3000-4000 sehinggakan gementar tangan dan hati. Aku dan Baha bekerja sehingga Hari Raya Haji.



Di Pau dan Peras Ugut di Angsana 15 Januari 2003

Pada pertengahan bulan, saat yang paling gembira tiba iaitu hari mendapat gaji. Gaji akan dibayar cash semasa didalam van apabila balik kerja atau pergi kerja. Pada masa itu aku bekerja shift malam dan aku diberi gaji semasa balik dari kerja iaitu pagi 15 haribulan. Untuk yang bekerja siang akan diberi semasa balik kerja petang 15 haribulan. Seperti perancangan kawan-kawan, apabila mendapat gaji, kami akan keluar bersama-sama untuk shopping dan berjalan-jalan. Pada tengahari 15 Januari 2003 aku bersama 10 orang kawan pekerja shif malam bertolak ke Angsana. Pada masa itu target utama kawan-kawan aku adalah untuk membeli kasut CONVERSE dan Bangger (Gelang Rantai Perak) dan berjalan-jalan. Kami berpecah kepada beberapa kumpulan mengikut tujuan masing. Setelah meronda-ronda dalam angsana, aku melihat ada 2 orang yang aku tidak mengenali meletakkan tangan pada bahu adik Azizi seperti seorang kawan. Aku ingatkan kawan adik Azizi. Aku mengekori mereka dan pada masa yang sama aku terdengar perbualan mereka. Rupanya 2 orang itu adalah Mat Pau dan cuba mengPau adik Azizi. Aku cuba menyelamatkan keadaan walaupun dalam ketakutan dan hampir bertumbuk. Pada masa itu aku telah di acukan pisau. Memikirkan keadaan aku berseorangan, duit gaji RM900++ dalam poket dan berada di tempat orang aku tidak bertumbuk. Mereka terus membawa adik azizi ke dalam kedai. Dalam masa yang sama, aku terus menjauhkan diri dari mereka dan mencari kawan-kawan yang lain untuk memaklumkan hal tersebut. Apabila aku menelefon kawan-kawan semuanya tidak berani dan kebingungan. Kawan ada menelefon geng-geng shif siang, tetapi mereka belum sampai dan masih menunggu bas. Aku dan seorang kawan mengekori adik Azizi dan membuat perancangan untuk menyelamatkan duit adik Azizi. Kawan aku mengekori adik Azizi kerana Mat Pau tersebut tidak mengenalinya. Semasa mengekori adik Azizi, Adiz Azizi sempat memberikan dompetnya pada kawan aku. Kami berasa lega kerana dapat menyelamatkan duitnya.

Setelah kawan-kawan shift siang sampai, kami mencari adik Azizi bersama. Kami jumpai di kawasan parking kereta dengan keadaan tidak bermaya kerana dipukul. Dari cerita afik Azizi, ada seorang polis berpakaian biasa menyelamatkannya. Barang yang hilang adalah kasut, bangger perak dan wang saku. Rupanya kumpulan Mat Pau tersebut adalah kumpulan bermotor yang suka melepak di kawasan tersebut. Boleh dikatakan kawasan tersebut adalah kawasan mereka. Kumpulan mereka ramai, telinga bertindik di sepanjang telinga dan ada yang berumur dalam lingkungan 10 tahun.


Kali pertama Tidak balik Kg pada Hari Raya Aidil Adha 2003 (Febuari 2003)

Aidil Adha pada tahun itu jatuh pada 14 Februari 2003. Sedangkan gaji akan dapat pada 15 haribulan setiap bulan. Dengan itu, aku mengambil keputusan tidak balik kampung kerana menunggu gaji. Hati mana yang tidak sedih jika beraya tanpa keluarga. Sebelum ini apabila beraya sentiasa berada disisi keluarga bersama adik, abang, kakak serta kedua ibu bapa. Dikala hari raya, apabila takbir bergema, air mata keluar laju tanpa diduga dan tidak dapat aku menahannya. Apabila balik dari masjid solat hari raya Aidil Adha, aku tidak tahu kemana arah yang hendak dituju. Tiada undangan dan tiada sebarang jamuan. Kesedihan aku semakin bertambah kerana tiada langsung suasana hari raya seperti biasa di kampung. Seperti biasa apabila menjelang hari raya, kedai makan, kedai runcit akan ditutup. Aku dan kawan-kawan di rumah sewa hanya makan nasi berlauk telur dan ikan kering sahaja. Ada yang hanya makan megi di hari raya. Itupun ada kedai cina yang buka untuk membeli lauk pauk.


Begitulah kehidupan diperantauan. Sekian dahulu :)...

Friday, October 28, 2011

Ruam, Gatal, bonjolan bermata ikan pada kepala Anak Aku



23 Oktober 2011. Pada malamnya anak aku menangis je dan tidak tidur dari awal malam sehingga pagi. Risau aku dan isteri dibuatnya. Susu telah diberi secukupnya tetapi tetap menangis juga. Pening aku dan isteri dibuatnya. Nak kata perut kembung atau masuk angin pun tidak. Minyak Yuu Yee telah di sapu pada kaki, betis dan perutnya. Nak kata tidak selesa dengan pampers jenama DryFirst yang baru aku beli pun tidak. Nak kata dia panas atau demam, badannya tidak panas. Dodoi dodoi pun menangis tak berhenti-henti. Aku daan isteri masing-masing mengantuk dan terasa tertekan dengan keadaan. Apabila diteliti, ada macam bisol kecil di kepala anak aku. Mungkin itulah yang membuatkan dia menangis tak berhenti. Aku dan isteri boleh dikatakan tidak dapat tidur pada malam itu. Bertambah risau apabila memikirkan esok adalah hari pertama aku menghantar anak aku pada pengasuh kerana isteri aku mula kerja. Risau jika dia menangis dan keaadaan bertambah teruk. Ayah dan Ibu akan usaha untuk Adik Hana sihat. Sayang Hana Khadijah.

Jaga Sendiri Baby @ Baby Sitter

Apakah pandangan anda mengenai isu ini?

Sudah tentu ramai akan menjawab jaga sendiri lebih baik daripada bagi orang lain jaga. Kerana kita boleh jaga sebaik mungkin, memberi didikan agama, menjaga kesihatan dan dapat memberi kasih sayang sepenuhnya pada anak kita sendiri. Tetapi dalam masa yang sama, ramaai yang tidak berbuat demikian. Kenapa? Jawapan saya adalah kehidupan hari ini tidak sama dengan kehidupan 50 tahun lepas. Kenapa dengan 50 tahun lepas? fikirlah sendiri....


Pada 24 Oktober 2011 adalah hari pertama aku menghantar anak aku Hana Khadijah yang berusia 2 bulan (DOB 24 Ogos 2011) kepada penjaga yang aku cari iaitu kakak yang beralamat No36, Jalan Anugerah, Kg Kurnia Kebun Teh. Rumahnya lebih kurang 25 meter dari rumah sewa aku iaitu No 12 Jalan Lambang Kg Kurnia. 24 Oktober 2011 adalah hari mula bekerja isteri aku setelah bercuti 2 bulan. Perasaan aku dan isteri aku terasa risau, sedih serta kerinduan apabila anak dihantar pada orang lain. Memandangkan Akak yang menjaganya baik dan berpengalaman, hati kami dapat mengawal segaalanya. Bayaran bulanan adalah RM250. Apabila balik kerja, dalam fikiran kami sebagai ibu dan ayah tiada yang lain melainkan anak kami. Sayang tidak terhingga, sayang sangat-sangat pada anugerah Allah.

Apabila sampai, aku dan isteri mengambil Hana dan memeluk serta mencium sepuas-puasnya. Rindu terubat apabila melihat anak. Walau kami menghantar anak kepada penjaga, kami tetap memberi kasih sayang dan perhatian sepenuhnya. Waktu siang adalah waktu kami berjauhan dengan anak tetapi waktu malam adalah waktu kami berkasih sayang.

Kenapa tidak menjaga sendiri?

Pada masa kini, ramai orang yang menghantar anak ke rumah ibu atau ibu mertua. Masa kita kecil, ibu yang jaga kita sehingga besar dan berkahwin, apabila kita ada anak, semuanya di letakkan di rumah ibu, jika ada masalah ibu yang dipersalaahkan. Sebelum kahwin, aku pernah berkata, nak suruh isteri jaga anak-anak. Tidak mahu orang lain jaga takut ini, itu dan macam-macam. Tetapi apabila aku berada pada tempat itu, aku tidak mampu untuk berbuat demikian. Ini kerana isteri aku bekerja kerana pada masa kini ianya umpamaa keperluan. Kos hidup pada masa kini adalah tinggi terutamanya tinggal di kawasan bandar. Dengan bayar sewa rumah, bayar kereta, bayar takaful, bayar pinjaman PTPTN, pembelian barangan keperluaan bayi, duit perbelanjaan dapur, pengangkutan kerja, mentainant kereta dan sebagainya. Sumber kewangan terbatas. Oleh itu pilihan yang diambil adalah mengupah orang menjaga anak-anak kita semasa masa kerja. Ini belum membeli rumah lagi :)...

Thursday, October 27, 2011

Aku Berniaga Nasi Lemak di KUiTTHO @ UTHM 2008

Pada tahun 2008 aku adalah penjual nasi lemak di UTHM (Kolej Dalam dan Tun Dr Ismail). Tiada orang lain lah yang apabila petang-petang bergema blok asrama dengan suara Naaaaasi Lemak Nasi Lemaaaaak....Naaaaasi Lemak Nasi Lemaaaaak....sehinggakan suara aku orang kenal. Aku pernah suruh kawan aku tolong jualkan kerana aku ada ujian, malangnya nasi lemak aku tak laku.

Masa Menjual : Antara pukul 6.00 petang - 7.00 petang
Tempat : Asrama dalam & Tun Dr Ismail
Kuantiti : 50 bungkus -70 bungkus
Harga : RM 1.40 sebungkus
Harga Modal : RM1.20
Keuntungan Seharian : RM10-RM14.00

Terjebak dengan berniaga.
Sebenarnya, aku adalah seorang yang minat berniaga. Semasa tahun 2006 aku adalah seorang anggota Pasukan Laatihan Pegawai Simpanan (PALAPES) askar wataniah. Aku diwajibkan tinggal di asrama pangsapuri. Semasa disana, terutamanya waktu tengah malam, ramai kawan-kawan bertanyakan ada MEGGI tak? ada Roti tak? dan macam macam... Bermulalah disitu aku mula menjual megi & telur yang aku ada. Dengan itu aku semakin dikenali oleh kawan-kawal sebagai penjual megi & telur. dari situ aku mula menjual roti RM0.50. Dalam masa yang sama aku juga mula menjual topup untuk celcom dan digi. Setelah berniaga kecil-kecilan, aku mula terasa terganggu apabila ada sahaja orang datangtidak mengira waktu untuk membeli topup trtapi perniagaan diteruskan juga.

Pada tahun 2008 aku tinggal di asrama dalam university. Bermula disitu aku menjual topup. Perniagaan aku begitu memberangsangkan. Tetapi apabila aku mengira dari segi keuntungan, ainya amat tidak berbalao kerana masa anda tergangg. Orang pelanggandatanf tidak mengira maktu, pukul 1 pago, pukul 3 pagi pun ada. Setelah memikirkan perniagaan yang lebih baik, aku mendapat idea iaitu berniaga kerepek dan meggi. Setelah aku praktikka, ianya Berjaya. Rak kasut menjadi mangsa aku untuk aku menyusun barangan perniagaan aku. Walaupun orang mengetuk pintu untuk membayar, tetapi dari segi keuntungan ianya agak memuaskan. Bermula dari situ, aku sedikit demi sedikit menambah barangan jualan. Antara jualan aku adalah MEGGI, Kerepek, Air Packet (Nescafe, milo, tongkat ali, kopi radix).

Penjualan Nasi Lemak
Pada semester ke 3 dalam program Ijazah sarjana muda. Aku mempunyai masalah dalam keputusan. GPA aku dibawah 2.0. Dengan itu pada semester akan datang, aku tidak layak untuk mendapat pinjaman PTPTN. Pinjaman aku disekat sehingga GPA aku melepasi tahap yang dibenarkan. Perkara yang menyebabkan GPA aku dibawah 2.0 adalah kerana aku FAIL dalam subject Rekabentuk Struktur dan tidak Skore dalam subjek lain. Aku merayu pada pensyarah tetapi pensyarah tidak bagi kerana markah aku terlalu rendah iaitu 32 markah. Hal ini aku rahsiakan pada keluarga aku. Aku amat bersedih dan bertekad akan belajar sungguh-sungguh serta tidak menyusahkan keluarga. Inilah kali pertama aku mengalirkan air mata mengenangkan nasib dan ujian Allah. Aku muhasabah diri hanya pada Allah aku luahkan segalanya. Aku tidak mahu aku gagal sehingga aku dibuang university.

Pada semester ke 4, aku seperti lemah semangat, segala kekurangan. Pinjaman tidak dapat, kos untuk belajar, sara hidup, bayar itu, bayar ini amat banyak. Dengan itu aku mula mencari bisnes yang boleh mendatangkan kewangan. Akhirnya Allah member rezeki dengan ditemukan peluang berniaga nasi lemak iaitu dengan Pertemuan aku dengan Wak Kahar (Driver Van UTHM). Aku dan Wak Kahar berunding mengenai perniagaan. Setelah semuanya OK, aku mencuba dengan kuantiti yang sedikit iaitu 15-20 bungkus. Perniagaan aku Alhamdulillah mendapat sambutan. Keesokkan harinya, kuantiti ditambahkan kepada 30, keesokkan harinya 40 dan seterusnya sehinggalah 50 bungkus. Dengan keuntungan RM0.20 sebungkus, aku mendapat keuntungan bersih RM10.00 setiap hari. Dengan duit itulah aku berdikari.

Pada suatu petang,masa itu adalah bulan puasa, seperti biasa Wak Kahar akan menghantar nasi lemak. Pada petang itu aku lambat aku keluar kelas. Aku suruh wak kahar letak di masjid nanti aku ambil. Apabila aku keluar kelas dalam jam 6.15 petang, aku dapati nasi lemak aku tiada. Aku dengan rasa terkejut pergi kerumah kawan-kawan di asrama jika mereka ada ambil dan simpan. Jam 9.00 malam belum ada jawapan. Kemanakah nasi lemak aku? Siapakah Ambil? Ada orang curi ke? ekali lagi aku mengalirkan air mata menahan ujian pada diri. Di hati aku hanya memikirkan bagaimana aku ingin membayar modal nasi lemak pada Wak Kahar malam ini RM60. Aku tidaak mempunyai duit.




Setelah selesai solat tarawih, aku bertanyakan pada Siak masjid. Rupanya dia yang agihkan pada pelajar-pelajar. Dia ingatkan ada orang datang sedekah dan letakkan di masjid. Dengan penjelasan itu, aku berasa lega dan redha dengan apa yang berlaku. Rezeki hanya dari Mu ya Allah.


Wednesday, October 26, 2011

Aku Seorang SECURITY GUARD Mei 2010-Sept 2010




Assalamualaikum wbt. Inilah cerita aku mengumpul duit untuk perkahwinan. Perangcangan asal adalag pada Jun 2010, ditukar pada November 2010 dan di percepatkan pada 24September 2010. Perangcangan kewangan bercelaru.:(

Inilah kisah aku sebagai Security Guard
Lokasi : Pelabuhan Tanjung Langsat, Pasir Gudang, Johor
Masa/Tempoh : Mei 2010- September 2010 (Sebelum Raya)
Tujuan : Mendapatkan Duit sampingan untuk perkahwinan
Masa Kerja: 08.00 malam-8.00 pagi

Pada Mei 2010, Setelah mengkaji perangcangan kewangan untuk melangsungkan perkahwinaan, duit simpanan aku pada masa tu masih belum mencukupi. Hati aku berasa amat risau kerana tarikh perkahwinan aku adalah pada bulan September 2010, lagi 4 bulan. Pada masa itu aku bekerja dengan Syarikat Usaha Permai Enterprise yang menjalankan kerja-kerja pembinaan. Aku adalah seorang pengurus tapak di projek pembinaan Taman Rekreasi Awam Bakau Perigi Acheh Fasa 2, Tanjung Langsat, Pasir Gudang Johor. Aku mula kerja dengan syarikat tersebut pada Jun 2009 selepas graduat dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Gaji permulaan adalah RM1500 sebulan dan setelah 3 bulan bekerja aku telah di sahkan jawatan dan dinaikkan gaji kepada RM1800. Setelah setahun kerja, iaitu pada Jun 2010, gaji aku dinaikkan lagi RM150 dan Boss aku juga mempertimnbangkan elaun telefon RM100. Jadi gaji aku pada masa itu adalah RM2050.

Duit simpanan aku dalam akaun ASB telah ada RM6000 pada bulan Januari 2010. Duit ini adalah simpanan aku selama 7 bulan aku kerja dan duit simpanan sebelum-sebelumnya. Pada masa itu aku teringin untuk memakai kereta kerana terasa ianya adalah keperluan. Niat dihati untuk membeli kereta kecil-kecil sahaja seperti kancil atau Viva. Tetapi setelah diteliti harganya, baik lagi beli kereta baru kerana harganya lebih kurang mahalnya. Aku pergi kekedai dan bersetuju membeli kereta Pesona. Setelah menghantar dokumen yang dikendaki, pelbagai-bagai masalaah timbul sehinggakan aku tarik diri. Pada bulan April 2010 aku mencari kereta secondhand. Dan berkenan dengan sebuah kereta waja JGQ8883 tahun 2002. Harga yang tertera pada kereta adalah RM32K. Setelah ditawar-tawar harga yang dapat adalah 30K. Setelah dipersetujui dengan harga itu, aku serahkan dokumen untuk kelulusan pinjaman bank. Pinjaman diluluskan, tetapi had maksimum adalah RM24,300. Dengan had ini aku diminta untuk membayar muka sebanyak RM6,600. Aku terkejut juga dengan jumlah bayar muka tersebut. Duit muka yang aku standby adalah RM2000 sahaja. Dengan budi bicara dan rundingan, harga kereta diturunkan harga pada RM27,500. Dengan itu aku perlu bayar sebanyak RM4100. Aku bersetuju dengan rundingan tersebut.

Dengan itu duit simpanan ASB aku berbaki RM1900. Lagi 5 bulan hendak kahwin, duit ada RM1900. Macamana ni??!! Kepala aku ligat mencari idea untuk mendapatkan duit untuk perkahwinan. Hantaran kahwin RM10,ooo adalah bayangan dan ura-ura yang aku dengar dari bakal isteri aku. Duit hantaran tersebut aku perlu beri sebulan sebelum majlis perkahwinan berlangsung. Dengan keadaan yang tertekan dan kerisauan aku mencari pekerjaan sampingan. Antara kerja yang aku jangka adalah kerja kilang, pam minyak, kedai makan dan security. Aku selalu membelek-belek akhbar dan melihat iklan yang diiklankan. Aku juga tidak terlepas melihat iklan yang ditampal di pondok-pondok telefon, pokok-pokok dan perberhentian bas. Suatu hari, aku terlihat keratan iklan, Security diperlukan segera di Tg Langsat. Aku terus telefon En Azmi. Alhamdulillah syukur sangat kerana ada kekosongan dan aku boleh mula kerja keesokan harinya.


Simpanan (Gaji Securuty Guard & Site Manager)

Perjalanan kerja dan gaji seorang jaga berjalan dengan baik. Gaji bersih aku sebagai jaga adalah RM900-RM1000 bergantung pada kehadiran. Denngan duit gaji tersebut aku dapat simpan sepenuihnya. Alhamdulillah, simpanan aku sebulan adalah RM1500 dan anggaran simpanan sebelum kahwin adalah RM6000.00. Duit simpanan tersebut belum mencukupi, secara sambilan, di tempat kerja pada siangnya, aku berniaga rokok dan juga air tin. Dengan ini, dapatlah aku menambah simpanan kahwin. Dengan anggaran simpanan RM6000 tersebut aku terasa amat lega walaupun belum mencukupi duit hantaran RM10,000.


Kutu (Geng-Geng UTHM)

Kenapa aku telah berasa lega dengan keadaan pada masa itu? Ini adalah kerana aku ada menyertai pakatan kutu antara sahabat-sahabat di UTHM semasa belajar bersama. Kutu tersebut telah di susun dan diketuai oleh seorang sahabat bernama Fadzli. Kutu tersebut disertai seramai 11 orang ahli. Perjanjian telah dibuat seadilnya. Pembayaran kutu adalah, ahli perlu membayaar RM500 kepada sahabat yang ingin melangsungkan perkahwinan. Dengan itu, seorang ahli akan menerima RM500 x 10 orang = RM5000. Dengan ini, beban perkahwinan dapat diselesaikan dengan pertolongan sahabat-sahabat.


Dengan Usaha, Allah akan mempermudahkan segala urusan. Syukur hanya pada Allah.

Tuesday, October 25, 2011

3rd Series Of Malaysia Coins



Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit syiling peringatan baharu sempena pengeluaran Siri Ketiga duit syiling Malaysia yang akan berada dalam edaran pada awal tahun depan. Dilancarkan hari ini oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, duit syiling peringatan yang dikeluarkan adalah dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.
Ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi reka bentuk duit syiling siri baharu ini. Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna dan seni kraf tangan tradisional yang terdapat di Malaysia.

Siri baharu duit syiling ini lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya. Duit syiling berwarna kuning dan perak ini juga mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan dengan lebih baik jenis-jenis duit syiling yang berlainan. Duit syiling baharu ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini dalam teknologi pembuatan duit syiling dengan memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan. Logam baharu yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama.
Bank Negara Malaysia mengeluarkan set duit syiling peringatan (Brilliant Uncirculated) sebanyak 500,000 secara berperingkat-peringkat yang dipakej secara khas dan akan dijual pada harga RM10.00 bagi setiap set.

Bahagian Hadapan Duit Syiling
Motif untuk denominasi 5 sen, 10 sen dan 20 sen memaparkan empat belas titik yang melambangkan tiga belas Negeri serta Wilayah Persekutuan. Motif untuk duit syiling 50 sen mempunyai lima garis mendatar yang melambangkan lima prinsip Rukun Negara.

Bahagian Belakang Duit Syiling
Bahagian belakang semua duit syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen memaparkan motif yang sama iaitu bunga raya, yang merupakan bunga kebangsaan dan angka yang menunjukkan tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan 'Bank Negara Malaysia 'sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling. Siri baharu duit syiling ini adalah sah diperlakukan dan akan berada dalam edaran bersama-sama dengan siri yang sedia ada. Siri yang sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur.


Bank Negara Malaysia akan bekerjasama rapat dengan institusi-institusi kewangan, perniagaan dan vendor yang mengendalikan wang tunai untuk memastikan peralihan yang lancar siri baharu ini. Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh selama enam bulan untuk mengubah suai mesin mereka bagi memudahkan penggunaan duit syiling baharu ini dengan mudah.

APA YANG ANDA FIKIR PASAL KAHWIN???

Assalamualaikum wbt..


Apakah yang anda fikir untuk menuju kealam perkahwinan? Tidak dapat lari dari fikir mengenai kewangan. Pernikahan dan perkahwinan itu hakikatnya adalah mudah hanya pada lafaz (AQAD) untuk menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan. Apabila sempurna aqad dan memenuhi rukun nikah maka halallah hubungan sebagai suami isteri. Isteri adalah amanah dari Allah, persaksian terus dari Allah.

Bagaimana dengan kos perkahwinan anda?
- Duit hantaran (RM10,000)
- Barang Hantaran samaada 7, 9, 11, 15 dulang (RM2000)
- Kos sewa khemah, kerusi, meja semasa kenduri (RM2000)
- Kos Mak Andam (RM1000)
- Kos sewa baju pengantin (berapa persalinan) (RM1000)
- Kos Beli/buat baju akad nikah @ pakaian (RM300)
- Kos sewa pelamin (RM500)
- Kos makanan (RM8000)
- Kos Tol untuk ke pelamin @ ampau (RM150)
- Kos Transport @ pengangkutan -Bas TRG-JB (RM1200)
- Kos buat banting@ barner (RM250)
- Kos kad kahwin untuk jemputan (RM800)
- Kos Baju orang rewang (Jong Kako) (RM200)
- Kos Upah tukang masak dapur (RM100)
- Kos berkat @ cederahati pada tetamu (RM200)
- Upah orang masak Makanan Pengantin (makan Beradat) (RM200)
- Sewa kugiran & set karaoke, DJ dan penyanyi (RM800-RM1500)
- Duit imam dan saksi (RM150)

- Rokok atau makanan ringan untuk orang rewang (RM150)

Bagaimana pula dengan kos pertunaangan anda?
- Cincin pertunangan & Merisik ( RM1000)
- Barangan Hantaran (RM1000)
- Pengangkutaan/Transport (RM300-RM1500)
- Jamuan makan

Berapakah anggaran kasar duit yang anda perlukan untuk menuju ke alam perkahwinan?
Jawapannya adalah : RM20,000-RM30,000
PERSOALAN:
Adakah ramai orang lelaki tak kahwin, berlakunya maksiat, seks rambang, gejala rogol, hubungan seks haram, pembuangan bayi, menggugurkan kandungan dan sebagainya yang melibatkan hubungan lelaki dan perempuan ada kaitan dengan kos perkahwinan? Bagi saya, jawapannya "YA, ADA KAITAN" tetapi Jika seseorang itu ikhlas kerana Allah, Allah akan mudahkan segala urusannya.

Kenapa Kos begitu Tinggi:
1- Taraf ekonomi tinggi (harga barang, kos hidup)
2- Hantaran mengikut TREND semasa. cth: Ayah dia oi, sekarang ni hantaran kahwin mana ada bawah RM6000, paling tidaj pun RM8000.00
3- Adat diperbesar-besarkan. Jika tidak buat takut orang mengata kedekut, kata macam-macam.. Adat yang diutamakan. Yang ibaadat di belakangkan. Contohnya: Karaoke, persalinan 18 pasang dan lain-lain.

Sama-sama kita fikirkan...Assalamualaimum w.b.t

Tanggungjawab, Amanah, Keterpaksaan, atau Hipokrit (Saturday, March 28, 2009)

Persoalan:



  1. Membersihkan rumah sewa/bilik hostel apabila kelihatan kotor, serabut. (perlu buat jadual ke???) Atau hanya tunggu gotong royong sebulan sekali baru nak bersihkan.

  2. Membuang sampah di dapur (perlukan jadual ke???) ada jadual tak pun tak buat.

  3. Parking motor kat depan Rumah secara tersusun, tak lintang motor orang lain, parking terhad (perlu ada jadual ke???) atau kena ada undang2 macam UTHM.saman!!!

  4. Susun selipar sendiri.. perlu hanya dalam tamrin dan program??? Rumah macammana???

  5. Basuh pinggan dan cawan sendiri selepas makan, perlu kena suruh, kena tegur ke???(nak suruh isteri dan ibu basuh selalu @ nak jadual???) kat kg mungkin lain la......

  6. Nak keluar rumah, tak guna komputer... please shut down komputer dan off lampu... (perlu ada orang pantau…suruh..tegur setiap masa???) elektrik bukan free...... air paip pun sama juga....

  7. Kerja2 harian dirumah semua hanya dibuat jika sesuai dan minat dengan diri???

Fikir2 lah.............


Secebis cerita......
Zupi, Pali dan Jehe dihari ini ada ujian jurutera masyarakat... masing2 sibuk dengan study. Dikala ini aku (Faizal) meluangkan sedikit masa untuk tidak terlalu boring dengan nota2. Terdetik juga ingin melihat informasi semasa sahabat2. Buka emel sekejap. Ikutkan masa dan study memang belum habis sepenuhnya.


Aku pergi kedapur, king... kang... ting... tong.... bunyinya.. terasa lapar pula.. mungkin ingin sarapan. tetapi tiada apa yang ada... air cola radix, kopi radix ada la dalam peti.. tetapi rasa berat juga nak keluarkan duit hari2 untuk air segera itu..... air suam, teh o pun air juga, boleh minum. Murah.... Tetiba je ada orang menyampuk.... Zal nak masak ke pagi2 ni....? Faisal rupanya.. aku menjawab boleh juga, setelah diselidiki apa bahan yang ada kat dapur,tercetus idea. Nak masak lauk daging kurma la... Faisal memahami ku... terus keluar dan pulang membawa seekor ayam dan bahan2 lain seperi sayur, telur... pelbagai RM25.00 dibelanjakan untuk keperluan dapur. Minggu lepas jehe belanjakan RM49.00. Semuanya tercatat dalam rekod bendahari pakatan memasak. Aku baru bayar RM15.00.... (RM50.00 dikumpul setiap habis duit sebelumnya). Aku terkejut juga dengan apa yang dibeli....


Tetiba pali, jehe dan zupi datang kedapur untuk menolong ku. Siang bawang, siang ayam, potong cili, macam dah jadi perkara biasa. Jika tidak menolong boleh dikatakan pelik. Terasa tanggungjawab individu dan amanah dalam menyediakan masakan bersama. Dengan sekejap sahaja semua yang dimasak siap. Sekarang semua dengan kerja masing...study la..... Makannya belum lagi..mungkin sebelum zohor kot... ujian pukul 2.00-4.00petang. Dengan memasak banyak kami berbincang berkongsi idea. Dulu pali mana pandai masak tetapi sekarang, semua menu dalam internet di copy olehnya dan diaplikasikan.... Boleh dikatakan cheff pali. Faisal pun apa kurang nya... boleh dikatakan QC, QA dalam masakan... dengan nilai estatika juga diambil kira.... pernah dia mengatakan pada ku,,, tiada seri dalam masakan. Mana tidaknya masakannya selalu berhias, berwarna warni....sayur ada cili merah, cili hijau, lobak. Dalam masakan ini ana rasa ada yang boleh dikongsikan.... Kerja selalu bersama. Saling mengeluarkan belanja dan modal dapur Saling bertanggung jawab dalam menyimpan, membersihkan dapur Amanah dalam penggunaan duit pakatan memasak Makan bersama2... lauk dibahagi secukupnya..... Bersih, basuh periuk, basuh pinggan.....


Biasanya apabila makan.. ada sahabat2 lain yang turut serta... takkan tak nak ajak kan......???
ada yang mencuba..
ada yang makan sampai tamat sesi makan....
ada yang menolak....
macam2 ragam.........
ada yang selalu je makan......apabila ajak je datang....
ada yang memuji sahaja.....


Geng2 Aiman tak kisah

Pimpinan




Yang Berhormat Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang, lahir 20 OKT 1947 merupakan Presiden PAS dan bekas Menteri Besar Terengganu. Beliau juga telah dikurniakan dengan gelaran "Dato' Seri Tuan Guru Haji"Kehidupan awal- Lahir pada 6 Zulhijjah 1366H, di Kampung Rusila, Marang Terengganu. Anak ke-5 dari 9 orang adik beradik. Ayahnya adalah seorang guru agama dan imam di Masjid Rusila, Marang.


Keluarga- Mempunyai dua orang isteri iaitu Puan Hajah Zainab bt. Awang dan Dr. Norzita Taat. Dikurniakan 13 orang anak. Dengan isteri pertama beliau mempunyai 11 orang anak manakala dengan isteri kedua, beliau mempunyai 3 orang anak. Anak sulung beliau berumur 22 tahun dan kini belajar di Universiti Iman, Yaman.


Pendidikan- Mula belajar di Sekolah Kebangsaan Rusila, Marang kemudian Sekolah Agama Marang dan seterusnya mengambil aliran Sanawi di Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin, KT. Di samping itu beliau belajar agama, Bahasa Arab serta politik dari ayah sendiri iaitu Tuan Guru Haji Awang Muhamad. Melanjutkan pelajaran ke Univ Islam Madinah dengan biasiswa dari Kerajaan Arab Saudi dari tahun 1969 - 1973, tamat dengan B.A. (Syariah). Melanjutkan pelajaran ke Univ AlAzhar ke peringkat M.A. (Siasah Syariyyah) dan berjaya menamatkannya hanya dalam masa 2 tahun (1974 - 1975).


Politik- Mula aktif sejak tahun 1964 iaitu semasa belajar lagi sebagai Setiausaha Ranting (sekarang cawangan) PAS kampung Rusila, Marang. Pada 1976, setelah tamat belajar dan pulang ke tanah air dilantik menjadi Ketua Pemuda PAS Terengganu serta EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat. Pada tahun 1977 dipilih menjadi Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan kemudiannya disahkan ke jawatan tersebut pada tahun 1980. Pada tahun 1989 di pilih menjadi Timbalan Presiden PAS setelah Dato' Fadzil Mohd Noor dipilih menjadi Presiden PAS.

Pilihan raya- Mula menyertai pilihan raya sebaik sahaja pulang ke tanah air pada tahun 1978 di DUN Marang dan kalah di tangan Tengku Zahid Musa dengan majoriti 68 undi. Pada tahun 1982 diamanahkan sekali lagi menjadi calon PAS di DUN Marang dan Parlimen Dungun. Menang di DUN Marang tetapi kalah di Parlimen Dungun di tangan Haji Awang Jabar. Pada tahun 1986, bertanding DUN Rhu Rendang dan menang tetapi kalah di Parlimen Marang di tangan Abdul Rahman Bakar. Pada tahun 1990 menang di DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang. Begitu juga tahun 1995, menang di DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang.


Antarabangsa- Mula terlibat di peringkat antarabangsa di Madinah apabila menjadi Ketua Pelajar Malaysia Universiti Islam Madinah di samping menjadi Setiausaha Agung Gabungan Pelajar-pelajar Asia Tenggara di Madinah. Semasa di Asia Barat, beliau aktif bersama Gerakan Ikhwanul Muslimin bersama Dr. Said Hawa, Profesor Muhamad Al Wakeel serta Dr. Abdul Satar Al Khudsi. Di Mesir pula, beliau menjadi Setiausaha Seksyen Syariah dan Undang-undang Persatuan Melayu Republik Aram Mesir.


Sebagai pemimpin kanan PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang banyak terlibat di peringkat antarabangsa samada gerakan Islam atau gerakan rakyat. Antaranya :-
-
Ahli Penyelaras Sekretariat Parti-parti Islam Sedunia yang berpusat di Istanbul Turki.
- Ahli Sekretariat Perjuangan Rakyat mempertahankan Baitul Maqdis yang berpusat di Amman, Jordan.
- Ahli Majma' Taqrir di kalangan mazhab-mazhab Islam yang berpusat di Tehran, Iran.
- Ahli deligasi ahli Parlimen parti-parti Islam yang dipimpin oleh Dr. Necmetin Erbakan, bekas Perdana Menteri Turki menemui Setiausaha Agung PBB, Butros Butros Ghali serta menemui Ahli Senat Amerika Syarikat.
- Menyertai deligasi ahli-ahli Parlimen Parti Islam melawat Eropah yang diketuai oleh Dr. Erbakan.
- Menyertai deligasi pemipin parti Islam seluruh dunia menemui raja-raja serta presiden negara-negara Asia Barat sebelum Perang Teluk.
- Mengiringi Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor bersama deligasi pemimpin German Islam seluruh dunia untuk mendamaikan kumpulan-kumpulan mujahidin Afghanistan.

Saturday, October 22, 2011

Perbelanjaan 23 Oktober 2011

List Barang:
1.Pampers 2 beg
2.Tisu Lembap 2 pek
3.Tissu 4 kotak
4.Dettol 1 botol Kecil
5.Minyak YUYI bayi 1 botol
6.Box Simpan barang 1 nos
7.Air Mineral 1.5 Liter
8.Jagung 2 biji
9.Jantung Pisang 1 nos
10.Lada Kering
11.Cili merah
12.Susu SNOW untuk Hana
Jumlah perbelanjaan adalah RM145.65

Pokok Rosell di Halaman Rumah

ASSALAMUALAIKUM....
Syukur, pokok rosell yang aku tanam akhirnya membuahkan hasil. Walau tidak banyak, ianya cukup untuk dimakan dan kegunaan sendiri. Sekian lama telah aku tahu khasiat buah rosell ini kerana dulu-dulu aku giat dalam pemasaran HPA. Air yang dijual selalu aku minum bersama sahabat-sahabat semasa di KUiTTHO @UTHM. Harga RM2.00 sebotol untuk 500ml. Boleh dikatakan mahal tetapi berbaloi dengan khasiat yang ada padanya.
Antara khasiatnya adalah:
* Menghilangkan selsema & sakit tekak
* Meredakan batuk & mencairkan kahak
* Menyihatkan & mencerdaskan minda
* Mengurangkan stress & sukar tidur
* Mencegah kanser & penyakit kronik
* Menstabilkan tekanan darah tinggi
* Meningkatkan daya tahan tubuh
* Membantu proses pencernaan
* Mencantikkan kulit & awet muda
* Mengurangkan kolesterol yang berlebihan


Penanamannya: Disember 2010- (sekarang) Oktober 2011

Pasal nak tanam pokok rosell ni tak lah susah sangat. Ni cerita aku pasal nak permulaan penanaman rosell ni. Hari isnin ada pasar malam di Kg Melayu Majidee. Aku dan isteri pergi la beli apa yang patut. Ada seorang peniaga jaul buah-buah seperti pisang, petai dan lain. Dia juga ada jual buah rosell. Untuk mencuba, isteri aku nak beli. Aku cakap tak payah beli la, nanti tak makaan. Setelah dipromosi dan peniaga ada cakap pasal boleh tanam ni sebab ada biji kat bunga tu. Aku setuju beli tetapi untuk mencuba. Isteri aku ambil dalam 4-5 kuntum dengan harga RM1.00.

Apabila sampai dirumah, bunganya diletak pada rak dan kering. Biji benih pada bungan dikumpul dan aku taburkan pada tanah. Hari demi hari aku menunggu akhirnya benih bercambah dan mengeluarkan daun. Apabila sedikit besar aku pindahkan ke tempat yang selesa dengan jarah 1/2 meter. Akhirnya pokok membesar. Sehinggakah sekarang pokoknya masih hidup dan menghasilkan bunga. Tuan rumah sewa pun ada bertanya pasal khasiat rosell ni pada isteri aku.


Cara Tanam:

1. Tabur benih pada tanah @tapak semaian 2. Apabila sedikit besar, pindahkan ke tanah dengan jarak yang sesuai 3. Siraam dan bajakan jika perlu 4. Tunggu berbunga dan kutip hasilnya untuk dijadikan jus @ halwa

Jom jadi pekebun kecil depan rumah. Selamat mencuba :)

Friday, October 21, 2011

Peti Ais Rosak (Keluar Gas)

Assalamualaikum wbt.
Kali ni aku nak cerita pasal peti ais rumah aku rosak. Geram sungguh aku rasa, nak masukkan lauk pauk dalam peti, peti pulak buat hal. Banyak lauk pauk aku beli kat kipmart Tampoi. Tapi nak simpan tak boleh. Terpaksa la aku fikirkan cara untuk selesaikan masalah ini.


1. Ayam yang aku baru beli setengah ekor
2. Sotong setengah kilo
3. Daging lembu setengah kilo
4. Sayur Kailan
5. Kacang Bendi
6. Kacang Buncis
7. Hati ayam RM2.00
8. Ikan Lolong Mata luas 3 ekor (700gram)


Bagaimana Peti Ais boleh rosak?
Kisahnya, pukul 4 petang, aku dari tempat kerja (Perindustrian Nenas Malaysia) menuju ke pasir gudang dengan niat nak ambil cek komisen takaful di Nasionwide Curier kerana alamat surat tu guna alamat rumah sewa masa kerja dengan syarikat Usaha Permai Ent. Apabila ambil surat tu, aku nak balik, alang-alang dah kat sana singgah KipMart Tampoi beli apa yang patut. Kebetulan masa tu duit ada, kelim print drawing dah masuk. Apa lagi berbelanja la banyak-banyak. Fikir nak hari-hari ke pasar,kipmart beli lauk penat juga. Apabila dah habis pusing dan settle apa yang nak dibeli, aku balik walaupun keadaan hujan.


Apabila sampai dirumah, aku siang ikan dan bersihkan lauk-lauk yang dibeli. Kemudian jadi shef macam biasa la. Masak....ketang ketung ketong. Masaknya adalah kailan goreng halia, ikan goreng, sotong goreng & sambal belacan. Siap masak makan bersama isteri. Kemudian aku siapkan apa lauk pauk yang hendak disimpan dalam peti. Aku tengok di bahagian beku, banyak betul barang, aku kemas la. Nugget aku satukan dalam satu plastik. bahagian beku tu, banyak ais beku. Aku apa lagi, ketuk-ketuk buang ais tu. Tengok ada skru driver di tempat letak pinggan. Apa lagi aku cucuk la dengan skri driver tu.. cucuk, tekan, ketuk...tetiba....bunyi syiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. Umhhh dah rosak dah. gas dah bocor. Sambil-sambil bagitahu isteri. Apa lagi, masam la muka isteri. Aku dan isteri hanya buat kerja sendiri. tak bercakap. buat hal masing-masing.


Terfikir, ada kedai baiki barangan elektrik di jalan ke Kg Melayu. Esok pagi aku pergi la baiki. malam tu aku hanya buka laptop duk layan apa yang patut. Isteri aku duk main dan tido dengan Hana Khadijah anak aku yang berusia 2 bulan. Sebelum tidur, aku mesti settle lauk-lauk yang ada kat dapur tu. Teringan cara orang dudu-dulu dan cara orang simpan lauk apabila ke hutan berhari-hari. 1. Rebus 2.Letak garam dan kunyit masin-masin. Jadi aku rebus ikan dan sotong. Ayam, hati ayam dan daging aku siang dan letak garam dan kunyit masinp-masin. Untuk hari dan malam itu selesai. aku sedikit lega.

Keesokkan harinya, pagi-pagi lagi aku pergi kedai elektrik yang boleh baiki peti ais. tetapimkedainya buka pukul 2.00pm-12.ooam. Hari itu hari jumaat, Solat jumaat aku solat kat masjid kampung Kurnia dekat rumah sewa. Selepas solat, aku makan dan pergi lagi kekedai elektrik tu. Ada seorang budak, aky bagi no telefon dan alamat rumah. Nanti ada orang yang datang baiki dan col aku....sampai sekarang belum ada orang datang baiki...Nasib-nasib.
Bersabarlah engan ujian dan liku-liku kehidupan.

Sekian dulu.

Monday, October 17, 2011

Motor Buat Hal 07.10.2011

Pada Hari Jumaat 7 oktober 2011. Seperti biasa aku akan pergi kerja dari Kg Kurnia Kebun Teh ke NIOSH Taman Teknologi Johor. Pagi tu aku terlambat....pecut punya pecut, sampai di jambatan Bandar Baru Uda, motor tiba-tiba semput dan mati. aku berhenti seketika, tengok2 apa halnya motor aku ni. kemudian aku tolak sikit, apabila keadaan jalan menuruni bukit, aku naik dan meluncur laju. apabila sampai di kawasan landai aku masuk gear. Alhamdulillah hidup. Apa lagi, teruskan perjalanan ke tempat kerja.
Apabila sampai di kawasan KipMart tampoi

Anak Yang Cantik (Hana Khadijah)

Alhamdulillah aku dikurniakan seorang puteri yang comel. Ia dilahirkan pada 24 Ogos 2011 di Hospital Sultan Ismail Johor Bharu pada hari Rabu jam 04.19 petang. Berat bayi pertama aku adalah 2.20 kg. Setelah berbincang dengan isteri Nama puteri ku adalah Hana Khadijah binti Mohd Hazupi.

Nama. Mengenai nama ini pada asalnya aku dan isteri ingin menamakan Ana Khadijah atau Anna Khadijah. Tetapi setelah dilihat maknanya tiada. Jadi disaat akhir, aku mencadangkan Hana Khadijah. Hana bermakna rezeki yang mudah, yang bahagia. Khadijah pula adalah nama isteri Nabi kita Muhammad s.a.w


Setelah 10 hari berat Hana meningkat ke 2.6 kg, hari ke 20 adalah 3.1 kg dan pada hari ke 30 beratnya adalah 3.5kg.



Isteri Pregnant

Hari Raya Aidilfitri 2011

Menjelang 1 Syawal 1432 bersamaan 30 Ogos 2011, aku tidak dapat beraya bersama isteri dan anak tersayang. Isteri di segamat dan aku pula di Terengganu. Ikutilah kisah seterusnya........

Jangkaan tarikh bersalin isteriku daripada doktor adalah 16 sSeptember 2011 iaitu 2 minggu selepas hari raya Aidilfitri. Tetapi tarikh bersalin yang sebenar adalah 24 Ogos 2011. Perbezaan hari adalah 23 hari. Perbezaan yang jauh. Seperti ayat ALLLAH, manusia membuat perancangan, Allah membuat perancangan, sebaik-baik perancangan adalah dari ALLAH. Aku juga berpegang pada tarikh bersalin itu, aku membuat perancangan aku sendiri bersama isteri iaitu raya Aldilfitri 2011 ini akan beraya di Kg Bintang, Setiu, Terengganu. Perancangan dan cuti telah dirancang sebaik mungkin. dalam dua tiga minggu sebelum raya, adik aku Noratikah yang belajar di Politeknik Shah Alam memaklumkan...


Atikah : Hallo..pi tiket nok balik kg takdok, abih doh.nak balik kg ghano.
Aku : Try la cari bah lain. kot2 ado. Tiket dari kg nok balik shah Ale beli doh ko?
Atikah : Suruh doh maa beli.
Aku : Kalu takdok tiket gak, mung maghi sini dulu la, beli tiket Johor. Shopping sini dulu balik kg skali denga aku.
Atikah : Bereh-bereh

Dengan itu, adik aku Atikah membeli tiket dari Shah Alam ke Johor. Tiket dari Shah Alam ke Johor adalah pada 26 Ogos 2011 hari jumaat. Pada 24 Ogos 2011 isteri aku bersalin, keesokannya jam 2.00 pm doktor membenarkan isteri aku keluar dari hospital. Pada masa itu Mak, abah, ashraf dan farhan ada bersama. Kami keluar dan balik ke rumah sewa Kg Kurnia. Setelah berehat di rumah sewa, dalam pukul 5.00 pm mak dan abah membawa balik anak dan isteri aku balik segamat. Aku tidak dapat balik segamat bersama kerana menunggu adik aku Atikah sampai. Apa-apa urusan di Segamat isteri aku, abah dan mak yang uruskan. Aku hanya dapat menelefon untuk perkembangan semasa pasal baby aku.


Pada hari khamis 25 0gos 2011 aku pergi kerja seperti biasa di site NIOSH. Dalam masa yang sama aku siapkan dokumen untuk pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Sebelum balik aku bagitahu Khir (site Engineer) esok aku tak kerja dan nak uruskan pasal pendaftaran anak aku.Sebelum balik aku bagitahu Khir (site Engineer) esok aku tak kerja dan nak uruskan pasal pendaftaran anak aku. Pada malam tu En Muzafar telefon aku pasal pemasangan Vinly Tile di bilik makmal dan karpet di dewn Theaterette. En Muzafar marah-marah kerana tidak settle msalah dan jumpa En Aidil NIOSH. Yang sebenarnya masalah telah selesai mengikut keadaan tapak. Pagi jumaat 26 Ogos 2011 aku terpaksa pergi kerja dan buat temujanji dengan En Aidil untuk selesaikan masalah. Pukul 10.00 pagi semuanya selesai. Jumpa Khir, dia bagitahu Boss call dia dan bising-bising pasal masalah sama.


Selepas masalah kerja selesai, aku terus ke JPN untuk urusan pendaftaran. Alhamdulillah segalanya selesai. Petang Jumaat tu adik aku Nutatikah sampai di Stesen bas Larkin dan aku mengambilnya. Rumah sewa aku pada masa tu amat teruk dan bersepah-sepah kerana aku buat persiapan untuk pasang tile. Adik aku dan aku tidur hanya di celah-celah barang yang dilonggokkan.


Pada hari sabtu 27 Ogos 2011, kira-kira pukul 2.00 petang aku bertolak balik ke Segamat. Pada masa itu Hana berada di hospital segamat kerana ada demam kuning. Dalam pukul 5.30 petang aku tiba di hospital Segamat. Melihat anakku di rawat dibawah cahaya biru. Keputusan ujian kuning belum diketahui yangmana memutuskan Hana boleh keluar hospital atau tidak. Pukul 7.30 malam, nurse datang dan memaklumkan Hana boleh keluar dari hospital kerana tahap kuningnya dibawah paras kritikal. Malam itu aku balik ke rumah.


Pada Keesokkannya 28 Ogos 2011 pagi-pagi aku hantar Hana pergi buat pemeriksaan di klinik Felda Palong. Nurse banyak bagi nasihat mengenai penyakit kuning.


29 Ogos 2011 keadaan seperti biasa tiada sebarang masalah tetapi hati aku berasa berat untuk balik ke kampung meninggalkann isteri dan Hana yang baru berusia 5 hari. walaubagaimanapun aku nterpaksa balik untuk menghantara adik aku beraya di kampung. Sedih dan tidak rela sentiasa terasa. Aku gagahkan juga. Lebih kurang pukul 2.30 pm aku bertolak balik ke kampung Terengganu. Sempat membeli juadah berbuka puasa iaitu martabak spesial RM10.00 sebiji di Gambang, Kuantan. Setelah lelap seketika, aku meneruskan nperjalanan. Berbuka puasa di tepi jalan dengan apa yang dibeli. Perjalanan diteruskan dan tepat pukul 10.00 malam aku tiba di bandar Permaisuri. Dikesempatan yang ada aku membeli pelita 12 batang dengan harga RM9.00 daan minyak diesel RM10.00 untuk pelita.


Tiba dirumah. Suasana hari raya tidak kelihatan kerana tiada pelita dan bunga api dimainkan di rumahku. Aku terus pasang pelita yang dibeli. Kedaan cahaya pelita yang dipasang memuaskan hati aku dan juga ahli keluarga yang lain. Aaku juga pasang lampu kelip-kelip berbentuk pelita di beranda rumahku. Malam itu lewat aku tidur. Kepenatan hilang demi kepuasan persiapan hari raya. Dimasa yang sama hati teringat anak dan isteri yang berjauhan disaat hari raya. Sedih apabila bercakap di talian telefon. Air mata isteri dan aku sama-sama keluar.


Hari raya ke 2 aku pulang ke Johor. Syukur dapat Bersama anak dan Isteri tercinta. Sekian :)

Clerk Of Work (Di Perindustrian Nenas Bandar Baru Uda)

Kelahiran Anak Pertama

Projek NIOSH (Handover Sept 2011)

Pada 21 Feb 2011, aku mula bekerja dengan syarikat Pembinaan Wusation Sdn Bhd. Setelah sebulan di pejabat, aku ditugaskan untuk turun ke site NIOSH di Taman Teknologi Johor, Skudai yang bersempadan dengan daerah Kulai. Disana aku adalah Site Engineer. Keadaan site pada masa itu sudahpun 60% progress. Semua struktur dah siap, ikan batu CSR AAC blok pun dah siap.Tapi kerja-kerja finishing seperti plaster, skim coat, tile, fitting, plumbing, elektrikal, fite figting, aircond semuanya belum siap.
Pada masa itu, untuk membuat dan menyelaraskan tapak agak sukar. Level lantai, pasang frame pintu,tingkap semuanya tidak selaras. Level semua lari. Bahagian balkoni pun semua tidak diselaraskan. Yang aku boleh buat adalah adjust apa yang patut supaya kecacatan yang ada tidak nampak. Maknanya nilai estetika terpelihara.